Latihan Sinonim 8

Pilih perkataan sinonim (seerti atau sama makna) bagi perkataan bergaris :


71. Mak Cik Nahimah menampal baju kurungnya yang carik itu dengan menggunakan secebis perca kain.
A.  reput                                  C.  koyak
B.  putus                                  D.  regang

72. Datuk dan nenek berasa sungguh gembira apabila kedatangan mereka ke rumah anak-anak disambut dengan meriah.
A.  kehadiran                          C.  kepulangan
B.  kewujudan                         D.  kemunculan

73. Kharul didenda oleh guru disiplin kerana sering datang lewat ke sekolah.
A.  seksa                                  C.  penalti
B.  hukum                               D.  saman

74. Abu berhijrah dari kampung halaman ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih banyak.
A.  berarak                              C.  bergerak
B.  bertukar                             D.  berpindah

75.  Encik Bakar terpaksa memberhentikan sesetengah pekerjanya akibat kemerosotan ekonomi yang semakin membimbangkan.
A.  kejatuhan                           C.  kekurangan
B.  keguguran                          D.  kemunduran

76. Pengurus pasukan bola sepak Selangor telah menggugurkan lima orang pemain daripada perlawanan Piala Suzuki AFF tahun ini. 
A.  mengeluarkan                    C.  menjatuhkan
B.  mengenepikan                   D.  menurunkan

77. Basri dianugerahkan pingat raja polis oleh Sultan Perak kerana sikapnya yang begitu dedikasi sebagai anggota polis.
A.  komited                             C.  patuh1.
B.  setia                                   D.  semangat

78. Pendedahan terhadap rancangan kartun yang terlalu banyak akan menyebabkan fikiran kanak-kanak terperangkap dalam dunia fantasi.
A.  mimpi                                C.  khayalan
B.  realiti                                 D.  masa depan

79. Semasa dalam pelayaran, anak-anak kapal terpaksa menempuh badai dan gelombang ombak yang menakutkan.
A.  bah                                                C.  gelora
B.  angin                                  D.  banjir

80. Kamariah lari lintang-pukang apabila anjing garang kepunyaan jirannya mengejarnya.
A.  jinak                                  C.  marah
B.  buas                                   D.  bengis

Jawapan:
71C
72A
73B
74D
75A
76A
77A
78C
79C
80D