Latihan Sinonim 16

Pilih perkataan sinonim (seerti atau sama makna) bagi perkataan bergaris :


151.Kekecohan yang berlaku di hadapan gerai Pak Cik Lim semakin membimbangkan peniaga di situ kerana belum ada sesiapa yang berani meleraikan pergaduhan itu.
A.  keriuhan                            C.  kebiadapan
B.  keriangan                           D.  ketenangan

152.Mimpi ngeri itu telah mengejutkan Susan dari tidur.
A.  menyedarkan                     C.  mengimbaskan
B.  mengasyikkan                    D.  menyentakkan

153.Li Lan selalu iri hati dengan adiknya kerana selalu mendapat perhatian yang lebih daripada ibu bapanya.
A.  kejam                                 C.  geram
B.  marah                                 D.  dengki

154.Bapa Su Lin bekerja sebagai anggota polis yang mengiring dan menjaga keselamatan Sultan Pahang.
A.  mengikuti                          C.  menyusung
B.  menyertai                           D.  menggendong

155.Penduduk Taman Mei Wah sedang mengisi air daripada lori bekalan air kerana Taman mereka terputus bekalan air.
A.  meletak                              C.  menabur
B.  menadah                            D.  mengumpul

156.Sesetengah haiwan membiak sama ada secara dengan bertelur atau melahirkan anak.
A.  bercantum                         C.  bersambung
B.  bertambah                          D.  berkembang

157.Puan Ai Si memarahi Yen Wah kerana membiarkan adiknya bermain seorang diri di taman permainan.
A.  merelakan                          C.  meninggalkan
B.  mengabaikan                     D.  mempedulikan

158.Keadaan huru-hara di Hong Kong sudah pulih seperti sediakala apabila pihak kerajaan campur tangan.
A.  umum                                C.  biasa
B.  selalu                                 D.  lazim

159.Pertemuan semula antara Betty dengan Karen yang telah terpisah selama 20 tahun telah membibitkan semula kemesraan antara mereka berdua.
A.  menjadikan                        C.  menimbulkan
B.  menerbitkan                       D.  menyebabkan

160.Lisa tidak akan sesekali menyampuk apabila ibu bapanya sedang berbicara.
A.  bertutur                             C.  bercakap
B.  berucap                              D.  bersyarah

Jawapan:
151A
152A
153D
154A
155B
156D
157C
158C
159C
160C