Tahun 6 Latihan Sinonim 19

Pilih perkataan sinonim (seerti atau sama makna) bagi perkataan bergaris :


181.Kementerian Pelajaran akan mengkaji semula kebaikan dan kekurangan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
A.  meneliti                             C.  memeriksa
B.  menyelidik             D.  mempelajari

182.Lawatan Sekolah Kebangsaan Bukit Indah ke Muzium Negara terpaksa dibatalkan kerana tidak mendapat sambutan daripada murid-murid.
A.  Kunjungan                        C.  Rombongan
B.  Perjalanan                          D.  Kedatangan

183.Ayam itu menguis dengan menggunakn kakinya pada tanah untuk mencari makanan.
A.  menggaru                          C.  mencakar
B.  mengorek                           D.  mematuk

184.Nazmi tidak sabar untuk bertemu dengan sahabat penanya dari Mesir yang berkunjung ke Malaysia.
A.  bersama                             C.  berkumpul
B.  berjumpa                            D.  berhimpun

185.Sejak kebelakangan ini golongan muda yang berfesyen dengan mengikut budaya barat tidak sesuai dengan masyarakat kita.
A.  berupa                               C.  bercorak
B.  bergaya                              D.  berbentuk

186.Jalan raya itu diperlebarkan kerana jumlah kenderaan yang lalu lalang di situ kian meningkat.
A.  dilapangkan                       C.  diperbesarkan
B.  diperluaskan                      D.  dikembangkan

187.Kemenangan pemain badminton Malaysia menumpaskan pemain dari China menjadikan  suasana di dewan hingar-bingar dengan sorakan penonton.
A.  mewujudkan                     C.  menimbulkan
B.  membuatkan                      D.  membenarkan

188.Pek Wah kelihatan kekok makan dengan menggunakan tangan kanan keranan selama ini dia biasa menggunakan sudu dan garpu.
A.  jelik                                   C.  muak
B.  nyilu                                  D.  canggung

189.Puan Su menggaji seorang pembantu rumah dari Indonesia untuk menguruskan kebajikan anak-anaknya yang berumur 5 dan 6 tahun masing-masingnya sewaktu dia pergi bekerja.
A.  mengupah                          C.  membiayai
B.  membayar                          D.  membelanja

190.Sempena  ulangtahun kelahiran ibu pada minggu depan,  saya mahu menghadiahkan selendeng sutera kepadanya.
A.  memberikan                       C.  menyerahkan

B.  menunjukkan                     D.  meminjamkan

Jawapan:
181B
182A
183C
184B
185B
186B
187B
188D
189A
190A