Tahun 6 Latihan Sinonim 18

Pilih perkataan sinonim (seerti atau sama makna) bagi perkataan bergaris :


171.Kepakaran Pak Leman membuat labu sayong menjadi tarikan utama pelancong di daerah itu.
A.  kelajuan                             C.  kepandaian
B.  kehalusan                           D.  kesenangan

172.Pemburu itu mengacukan senapang ke arah rusa di sebalik semak itu.
A.  menunjukkan                     C.  membalingkan
B.  menghalakan                     D.  menghumbankan

173.Walaupun hadiah pemberian ibu tidak mahal tetapi amat berharga bagi saya.
A.  bernilai                              C.  berfaedah
B.  bermutu                             D.  bermanfaat

174.Majlis itu diadakan untuk mengenang jasa guru besar yang telah lama berkhidmat di sekolah itu.
A.  memikir                             C.  mengimbas
B.  mengingat                          D.  menyanjung

175.Encik Rosni dan keluarganya bersepakat merancang untuk membina kolam ikan di tanah pusaka milik keluarganya.
A.  menjadikan                        C.  mengusahakan
B.  menubuhkan                      D.  membangunkan

176.Pei San memandu dengan perlahan apabila memandu di selekoh yang tajam pada jalan naik ke atas Bukit Bendera.
A.  liku                                    C.  arah
B.  siku                                    D.  sudut
177.Pelari pecut dalam acara sukan larian 100m rebah apabila menghampiri garisan penamat.
A.  jatuh                                  C.  runtuh
B.  luruh                                  D.  tumbang

178.Pengurus syarikat yang berkaliber itu mengarah orang bawahannya supaya segera melaksanakan projek perumahan yang terbengkalai.
A.  meminta                            C.  memerah
B.  menyelia                            D.  menyuruh

179.Pemburu itu memasang jerat di dalam hutan untuk memerangkap kijang.
A.  jala                                     C.  sangkar
B.  jaring                                 D.  perangkap

180.Kejayaan Pasukan Bola Sepak Malaysia memenangi Piala Suzuki AFF telah mengharumkan nama Malaysia.
A.  menaikkan                         C.  memahsyurkan

B.  mengangkat                       D.  memperkenalkan

Jawapan:
171C
172B
173A
174B
175C
176A
177A
178D
179D
180C