Karangan UPSR : Hari Kebangsaan

Hari Kebangsaan

                Perkataan 'bangsa' dalam kamus dewan membawa maksud kumpulan manusia dalam sesebuah negara. Kebangsaan dengan itu bererti sesuatu yang bersifat bangsa. Dalam Konteks rakyat di sesebuah negara ia mempunyai maksud yang tinggi dan mulia sebab pada hari itu rakyat di negara itu akan merayakannya dengan penuh gembira dan bangga.
                Negara kita pula merayakan hari itu pada 31 hb Ogos setiap tahun. Pada hari yang mulia itu, semua rakyat menyambutnya dengan cuti umum. Bukan sahaja kerajaan bercuti sahaja malah kedai-kedai juga dilarang berniaga pada hari itu sebagai tanda menghormati. Pada hari itu, rakyat akan mengenang jasa pahlawan yang berjuang dengan handal untuk kemerdekaan negara. Tokoh yang paling diingati oleh kita, Tunku Abdul Rahman, iaitu bapa kemerdekaan, beliau telah berjuang bersama rakan-rakan yang lain pada zaman pemerintah British selepas pendudukan Jepun sejak Perang Dunia II. Tetapi malangnya Singapura pada masa itu tidak berhasrat untuk bersatu dengan semenanjung Malaysia.
               Awal-awal pagi, kumpulan tentera berarak di padang Merdeka bersama Yang dipertuan Agung berserta Perdana Menteri dan Menteri-menteri kabinet yang lain. Perarakan itu dilanjutkan lagi oleh wakil-wakil dari sektor kerajaan dan swasta serta murid-murid sekolah, kolej dan Insitusi pengajian tinggi. Kelihatan mercun dan bunga api dinyalakan. Bunyi itu dapat kedengaran dari jauh. Tidak ketinggalan pula tarian dari tiga bangsa utama turut dipersembakan sebagai puncak persembahan pada hari itu. Tarian Melayu, Cina dan India.