Latihan Nilai Murni 4

Tuliskan nilai murni yang dapat kamu perolehi daripada ayat-ayat di bawah :

1.       Apabila tiba di bank, Amir mengambil normbor giliran.
Nilai murni : _________________

2.       Dia menunggu nombor gilirannya dengan sabar.
Nilai murni : _________________

3.       Apabila tiba gilirannya, dia mengucapkan salam kepada kerani bank di kaunter.
Nilai murni : _________________

4.       Kerani bank memberi layanan yang mesra kepada pelanggan.
Nilai murni : _________________

5.       Amir mengucapkan terima kasih kepada kerani bank sebelum beredar.
Nilai murni : _________________

Jawapan :
1.       Mematuhi peraturan
2.       Sabar
3.       Berbudi Bahasa
4.       Baik hati
5.       Menghargai jasa

Latihan Nilai Murni 3

Tuliskan nilai murni yang dapat kamu perolehi daripada ayat-ayat di bawah :

1.       Saya dan rakan sedarjah saya beratur sebelum     
       masuk ke Muzium Negara.
Nilai Murni : ____________

2.       Kami memberi perhatian semasa kurator memberi taklimat.
Nilai Murni : ____________

3.       Kami mencatat maklumat yang penting tentang barang pameran di muzium itu.

Nilai Murni : ____________

4.       Kami sentiasa menjaga adab ketika berada di muzium.
Nilai Murni : ____________


5.       Pada akhir lawatan, kami mengucapkan terima kasih kepada guru yang telah menganjurkan lawatan itu.  
Nilai Murni : ____________


Jawapan :
1.       Berdisiplin
2.       Menghormati
3.       Rajin
4.       Bersopan-santun

5.       Menghargai jasa

Latihan Nilai Murni 2


Tuliskan nilai murni yang dapat kamu perolehi daripada ayat-ayat di bawah :

1.       Saya dan rakan sedarjah saya sentiasa datang awal ke sekolah.
 Nilai murni : ______________________

2.       Guru kelas kami memuji sikap kami yang suka menjaga kebersihan bilik darjah.
Nilai murni : ______________________

3.       Kami bersama-sama membersihkan bilik darjah.
Nilai murni : ______________________

4.       Kami membersihkan bilik darjah pada waktu pagi.
 Nilai murni : ______________________

5.       Menjaga kebersihan kelas adalah tugas kami setiap hari.

Nilai murni : ______________________ 


Jawapan :
1.       Menepati masa.
2.       Bersikap positif
3.       Bekerjasama
4.       Menjaga kebersihan persekitaran
5.       Bertanggung jawab

Latihan Nilai Murni 1


Tuliskan nilai murni yang dapat kamu perolehi daripada ayat-ayat di bawah :

1.       Emak sentiasa menyediakan makanan yang berkhasiat untuk kami sekeluarga. ______________
2.       Saya menolong emak saya membuat kerja rumah pada masa lapang. __________________
3.       Saya dan adik saya mengulang kaji pelajaran setiap hari. _____________________
4.       Saya sangat sayang akan keluarga saya. _____________________
5.       Ayah bekerja bersungguh-sungguh di kilang untuk menyara keluarga.  ______________________


Jawapan :
1.       Menjaga kesihatan
2.       Prihatin
3.       Rajin
4.       Berkasih sayang
5.       rajin