Latihan Nilai Murni 3

Tuliskan nilai murni yang dapat kamu perolehi daripada ayat-ayat di bawah :

1.       Saya dan rakan sedarjah saya beratur sebelum     
       masuk ke Muzium Negara.
Nilai Murni : ____________

2.       Kami memberi perhatian semasa kurator memberi taklimat.
Nilai Murni : ____________

3.       Kami mencatat maklumat yang penting tentang barang pameran di muzium itu.

Nilai Murni : ____________

4.       Kami sentiasa menjaga adab ketika berada di muzium.
Nilai Murni : ____________


5.       Pada akhir lawatan, kami mengucapkan terima kasih kepada guru yang telah menganjurkan lawatan itu.  
Nilai Murni : ____________


Jawapan :
1.       Berdisiplin
2.       Menghormati
3.       Rajin
4.       Bersopan-santun

5.       Menghargai jasa