Latihan Imbuhan - Isikan tempat kosong dengan imbuhan yang sesuai

Latihan Imbuhan

Bubuh imbuhan yang sesuai pada kata dasar yang diberikan dalam ayat.


1.       _____________  (tulis) yang terkenal itu sepupu saya.

2.       Adik sedang ______________ (tulis) sepucuk surat kepada kawannya di Amerika.

3.       Tolong _____________________ (letak) beg ini di atas meja itu.

4.       Rumah Ali _____________________  (letak) di atas bukit.

5.       Jangan ___________________ (dekat) pemuda itu kerana dia kepala angin.

6.       Anda seharusnya tahu kalau sebuah planet berukuran sangat besar ________________ (dekat) Bumi.

7.       __________________________ (pamer) itu akan diadakan selama sebulan.

8.       Tolong _____________________  (pamer) lukisan itu di ruang tamu.

9.       Ali ______________________ (pamer) hasil kraf tangannya di Pusat Pameran Kuching.

10.   ______________________ (latih) yang diberi oleh Cikgu Ismail sangat merunsingkan.

11.   Budak-budak itu sedang ____________________ (latih) olahraga di Stadium Bukit Jalil.

12.   Untuk mahir bersilat kita perlu _______________ (latih).

13.   Jurulatih itu __________________ (latih) pasukan keranjang sekolah saya.

14.   Abang saya sedang menyiapkan ___________________ (tugas) yang diberikan oleh guru.

15.   Pelajar dialu-alukan berjumpa dengan guru ________________ (tugas) andainya terdapat sebarang masalah.

16.   Bapa saya menerima ______________  (rawat) di klinik kesihatan.

17.   Doktor itu sedang __________________________ (rawat) ayah saya yang sakit tenat.

18.   Kos ____________________ (rawat) penyakit kanser dianggarkan di antara RM40,000 hingga RM300,000.



Jawapan : 1. Penulis, 2. Menulis, 3. Letakkan, 4. Terletak, 5. Dekati, 6. Mendekati, 7. Pameran,
8. Pamerkan, 9. Memamerkan, 10. Latihan, 11. Berlatih, 12, berlatih, 13. Melatih, 14. Tugasan,
15. Bertugas, 16. Rawatan, 17. Merawat, 18. rawatan,




Latihan Imbuhan


Latihan Imbuhan

Pilih imbuhan yang sesuai :

1.       Kawan saya telah _____________________ dalam kemalangan jalan raya semalam.



A.      penglibatan                B. melibatkan                    C.  terlibat                           D.  dilibatkan





2.       Sekolah saya mempunyai banyak ____________________ untuk sukan.



A.      termudah                    B. kemudahan                   C.  dimudahkan                 D.  memudahkan





3.       Saya telah _______________  acara lumba lari pada Hari Sukan yang lalu.



A.       serta                             B. sertai                                C.  sertakan



4.       Mak Gayah mahir ________________________  baju kurung Pahang.



A.      menjahit                      B.  dijahitkan                                      C.  jahitan            D.  pengjahitan



5.       Mereka  ________________  sedang bermain konda-kondi di halaman rumah.



A.      terenam                      B. keenam                          C.  berenam                       D.  perenam



6.       Kakak Wong Si Chong sedang _________________ sangkar arnab kesayangannya itu.



A.      dibersihkan                                B.  pembersih                    C.  kebersihan                  
D.  membersihkan



7.       Karim tidak ___________ kakaknya dalam pelajaran.



A.      pandaikan                   B. memandai                     C. sepandai                         E.  dipandaikan



8.       Tanah yang ______________  itu akan dibangunkan tidak lama lagi.



A.      membiar                      B.  terbiar                            C. dibiar                                D. biaran



Jawapan :

1.       C     2. B         3. B         4. A        5. C         6.D         7. C         8. B