Tahun 6 Latihan Antonim 2 (Soalan Latihan Perkataan Berlawan)

Pilih perkataan berlawan bagi perkataan bergaris.


211.Saiful merancang untuk mengubahsuai rumahnya yang sempit itu apabila anak lelaki berumahtangga.
A.  luas                                    C.  banyak
B.  lebar                                   D.  panjang

212.Pada waktu siang  Ai Mei akan mengulang kaji pelajaran di perpustakaan untuk menghadapi peperiksaan sekolah yang akan tiba tidak lama lagi.
A.  senja                                  C.  petang
B.  malam                                D.  maghrib

213.Gerakan selama tiga hari untuk mencari mangsa bot karam akan diteruskan selama dua hari kerana hujan lebat yang tidak berhenti-henti.
A.  dinantikan                         C.  dihabiskan
B.  dihentikan                         D.  ditamatkan

214.Datu sering bercerita tentang kesusahan hidupnya semasa muda kepada cucu-cucunya supaya mereka mengambil iktibar.
A.  keperitan                           C.  ketenangan
B.  keasyikan                           D.  kesenangan

215.Fesyen pakaian yang dipakai oleh Maya itu adalah fesyen yang baharu di pasaran sekarang.
A.  lama                                   C.   usang
B.  lapuk                                  D.  tradisional

216.Perniagaan Haris semakin maju sejak dia membuka cawangan baru di bandar itu.
A.  jatuh                                  C.  buruk
B.  turun                                  D.  mundur

217.Permohonan Seng Kai untuk menyambung pelajarannya di luar negara telah ditolak  kerana keputusannya tidak beberapa memuaskan.
A.  diambil                              C.  diterima
B.  disambut                            D.  ditambah

218.Sofa baru yang dibeli oleh ibu sungguh lembut hingga membuatkan kami selesa duduk di atasnya.
A.  kuat                                   C.  tegap
B.  keras                                  D.  kukuh

219.Peter gelisah menanti kepulangan anaknya yang tujuh tahun berada di perantauan bekerja.
A.  aman                                  C.  tenang
B.  damai                                 D.  harmoni

220.Kehidupan Mei Ling semakin bahagia sejak berjumpa semula dengan keluarga kandungannya.
A.  pilu                                    C.  derita
B.  sedih                                  D.  kecewa




Jawapan :
211A
212B
213D
214D
215A
216D
217C
218C
219B

220C

Tahun 6 Objektif Perkataan Berlawan / Antonim 1


Pilih perkataan berlawan (antonim) bagi perkataan bergaris.

201.      Barangan asli yang diseludup oleh penjenayah itu telah dijumpai  oleh pihak polis. 
A.  kaca                                  C.  tiruan
B.  perak                                D.  semulajadi

202.      Walaupun baru berusia empat tahun tetapi adik Zati sudah pandai membaca.
A.  menulis                            C.  mewarna
B.  mengeja                           D.  mengarang

203.      Mei San cemas menanti di luar bilik pembedahan menunggu isterinya melahirkan anak.
A.  tenang                              C.  gembira
B.  gelisah                             D.  gementar

204.      Siaw Chin seorang gadis yang masih mengekalkan sikap bersopan – santun walaupun tinggal di bandar.
A.  jahat                                  C.  marah
B.  nakal                                D.  biadap

205.      Keputusan pihak juri yang adil itu dihormati oleh semua pihak.
A.  zalim                                 C.  ganas
B.  kejam                                D.  bengis

206.      Sikap Nani yang terlalu merendah diri itu menebabkan dirinya sering dibuli.
A.  meninggi                         C.  menjunjung
B.  membesar                                    D.  mengangkat

207.      Kita haruslah sentiasa berjimat-cermat ketika perkembangan ekonomi yang semakin lembap ini.
A.  kuat                                   C.  pesat
B.  cepat                                 D.  pantas

208.      Semasa sambutan kemerdekaan diadakan, banyak jalan ditutup untuk memberi laluan kepada perarakan kereta berhias.
A.  dibaiki                               C.  dilepas
B.  dibuka                              D.  didedah

209.      Mak Cik Bedah merasa sunyi tinggal seorang diri sejak anak-anaknya bekerja di Kuala Lumpur.
A.  sepi                                   C.  bising
B.  kuat                                   D.  gamat

210.      Tze Kian meniup serunai itu sambil memejamkan matanya untuk menghayati melodi yang dimainkan olehnya.
A.  meluaskan                                  C.  mengenyitkan
B.  mencelikkan                   D.  mengerdipkan


Jawapan :
201C
202A
203A
204D
205A
206A
207C
208B
209C
210B


Tahun 6 Latihan Sinonim 20

Pilih perkataan sinonim (seerti atau sama makna) bagi perkataan bergaris :



191. Kita perlulah mempunyai pengetahuan dalam bidang  teknologi maklumat supaya tidak ketinggalan dalam dunia yang semakin canggih kini.
A.  ilmu                         C.  kemahiran
B.  kepakaran                            D.  kepandaian

192. Kita hendaklah saling membantu antara satu sama lain sejajar dengan hasrat kerajaan iaitu I Malaysia harapan kita.
A.  niat                          C.  harapan
B.  cita-cita                               D.  kehendak

193. Kian Chu tidak menjamah sedikit pun bubur yang disediakan oleh ibunya kerana tekaknya terasa pahit.
A.  merasa                                C.  memegang
B.  menelan                               D.  menyentuh

194. Pak Ali meminta tolong daripada jiran-jirannya untuk menebang pokok kelapa yang tua dan hampir tumbang itu.
A.  menebas                             C.  memotong
B.  mengerat                             D.  mencantas

195. Leman memaklumkan kepada jurulaithnya bahawa dia tidak dapat turut menjalani latihan bola sepak pada petang ini kerana mengalami keadaan kecederaan pada kakinya.
A.  melaporkan              C.  menceritakan
B.  memberitahu                        D.  mengkhabarkan

196. Sementara menunggu keputusan peperiksaan, Kah Seng bekerja sambilan di restoran makanan kepunyaan ayah angkatnya untuk mengisi masa lapang sambil mendapat sedikit wang.
A.  sejam                                  C.  sekejap
B.  seminit                                D.  sementara

197. Seng Fat dikagumi oleh rakan-rakannya kerana bijak mengemukan idea-idea dalam projek Sains.
A.  baik                         C.  bagus
B.  cerdik                                  D.  pandai

198. Penduduk Kampung Mewah bekerjasama membina semula jambatan yang telah roboh itu.
A.  titi                                       C.  tebing
B.  rakit                         D.  tembok

199. Ayah mengusir kuching yang cuba menyelongkar tong sampah yang berada di hadapan rumahnya.
A.  memukul                              C.  menyergah
B.  menghalau                           D.  mengheret

200. Pihak penganjur pertandingan itu memberi arahan kepada para peserta supaya mengisi borang dengan lengkap dan menghantar borang itu sebelum tarikh tutup pertandingan.
A.  betul                                    C.  penuh
B.  padat                                  D.  sempurna


Jawapan :
191A
192C
193A
194C
195B
196D
197D
198A
199B
200D