Pilih perkataan berlawan bagi perkataan bergaris.
211.Saiful merancang untuk mengubahsuai rumahnya yang sempit itu apabila
anak lelaki berumahtangga.
A. luas C. banyak
B. lebar D.
panjang
212.Pada waktu siang Ai Mei akan
mengulang kaji pelajaran di perpustakaan untuk menghadapi peperiksaan sekolah
yang akan tiba tidak lama lagi.
A. senja C.
petang
B. malam D.
maghrib
213.Gerakan selama tiga hari untuk mencari mangsa bot karam akan diteruskan
selama dua hari kerana hujan lebat yang tidak berhenti-henti.
A. dinantikan C.
dihabiskan
B. dihentikan D.
ditamatkan
214.Datu sering bercerita tentang kesusahan hidupnya semasa muda kepada
cucu-cucunya supaya mereka mengambil iktibar.
A. keperitan C.
ketenangan
B. keasyikan D.
kesenangan
215.Fesyen pakaian yang dipakai oleh Maya itu adalah fesyen yang baharu
di pasaran sekarang.
A. lama C. usang
B. lapuk D.
tradisional
216.Perniagaan Haris semakin maju sejak dia membuka cawangan baru di
bandar itu.
A. jatuh C.
buruk
B. turun D.
mundur
217.Permohonan Seng Kai untuk menyambung pelajarannya di luar negara telah ditolak
kerana keputusannya tidak beberapa
memuaskan.
A. diambil C.
diterima
B. disambut D.
ditambah
218.Sofa baru yang dibeli oleh ibu sungguh lembut hingga membuatkan kami
selesa duduk di atasnya.
A. kuat C.
tegap
B. keras D.
kukuh
219.Peter gelisah menanti kepulangan anaknya yang tujuh tahun berada di
perantauan bekerja.
A. aman C.
tenang
B. damai D.
harmoni
220.Kehidupan Mei Ling semakin bahagia sejak berjumpa semula dengan
keluarga kandungannya.
A. pilu C. derita
B. sedih D.
kecewa
Jawapan :
211A
212B
213D
214D
215A
216D
217C
218C
219B
220C