Pilih perkataan berlawan (antonim) bagi perkataan bergaris.
201. Barangan asli yang diseludup oleh penjenayah itu telah dijumpai oleh pihak polis.
A. kaca C.
tiruan
B. perak D.
semulajadi
202. Walaupun baru berusia empat tahun tetapi adik Zati sudah pandai membaca.
A. menulis C.
mewarna
B. mengeja D.
mengarang
203. Mei San cemas menanti di luar bilik pembedahan menunggu isterinya
melahirkan anak.
A. tenang C.
gembira
B. gelisah D.
gementar
204. Siaw Chin seorang gadis yang masih mengekalkan sikap bersopan – santun
walaupun tinggal di bandar.
A. jahat C.
marah
B. nakal D.
biadap
205. Keputusan pihak juri yang adil itu dihormati oleh semua pihak.
A. zalim C.
ganas
B. kejam D.
bengis
206. Sikap Nani yang terlalu merendah diri itu menebabkan dirinya sering
dibuli.
A. meninggi C.
menjunjung
B. membesar D. mengangkat
207. Kita haruslah sentiasa berjimat-cermat ketika perkembangan ekonomi yang
semakin lembap ini.
A. kuat C.
pesat
B. cepat D.
pantas
208. Semasa sambutan kemerdekaan diadakan, banyak jalan ditutup untuk
memberi laluan kepada perarakan kereta berhias.
A. dibaiki C.
dilepas
B. dibuka D.
didedah
209. Mak Cik Bedah merasa sunyi tinggal seorang diri sejak anak-anaknya
bekerja di Kuala Lumpur.
A. sepi C.
bising
B. kuat D.
gamat
210. Tze Kian meniup serunai itu sambil memejamkan matanya untuk
menghayati melodi yang dimainkan olehnya.
A. meluaskan C.
mengenyitkan
B. mencelikkan D. mengerdipkan
Jawapan :
201C
202A
203A
204D
205A
206A
207C
208B
209C
210B