Tahun 6 Latihan Sinonim 20

Pilih perkataan sinonim (seerti atau sama makna) bagi perkataan bergaris :



191. Kita perlulah mempunyai pengetahuan dalam bidang  teknologi maklumat supaya tidak ketinggalan dalam dunia yang semakin canggih kini.
A.  ilmu                         C.  kemahiran
B.  kepakaran                            D.  kepandaian

192. Kita hendaklah saling membantu antara satu sama lain sejajar dengan hasrat kerajaan iaitu I Malaysia harapan kita.
A.  niat                          C.  harapan
B.  cita-cita                               D.  kehendak

193. Kian Chu tidak menjamah sedikit pun bubur yang disediakan oleh ibunya kerana tekaknya terasa pahit.
A.  merasa                                C.  memegang
B.  menelan                               D.  menyentuh

194. Pak Ali meminta tolong daripada jiran-jirannya untuk menebang pokok kelapa yang tua dan hampir tumbang itu.
A.  menebas                             C.  memotong
B.  mengerat                             D.  mencantas

195. Leman memaklumkan kepada jurulaithnya bahawa dia tidak dapat turut menjalani latihan bola sepak pada petang ini kerana mengalami keadaan kecederaan pada kakinya.
A.  melaporkan              C.  menceritakan
B.  memberitahu                        D.  mengkhabarkan

196. Sementara menunggu keputusan peperiksaan, Kah Seng bekerja sambilan di restoran makanan kepunyaan ayah angkatnya untuk mengisi masa lapang sambil mendapat sedikit wang.
A.  sejam                                  C.  sekejap
B.  seminit                                D.  sementara

197. Seng Fat dikagumi oleh rakan-rakannya kerana bijak mengemukan idea-idea dalam projek Sains.
A.  baik                         C.  bagus
B.  cerdik                                  D.  pandai

198. Penduduk Kampung Mewah bekerjasama membina semula jambatan yang telah roboh itu.
A.  titi                                       C.  tebing
B.  rakit                         D.  tembok

199. Ayah mengusir kuching yang cuba menyelongkar tong sampah yang berada di hadapan rumahnya.
A.  memukul                              C.  menyergah
B.  menghalau                           D.  mengheret

200. Pihak penganjur pertandingan itu memberi arahan kepada para peserta supaya mengisi borang dengan lengkap dan menghantar borang itu sebelum tarikh tutup pertandingan.
A.  betul                                    C.  penuh
B.  padat                                  D.  sempurna


Jawapan :
191A
192C
193A
194C
195B
196D
197D
198A
199B
200D