Tahun 6 LATIHAN 4 - KATA GANDA PERNUH BERFORMAT KBSR

Isi tempat kosong dengan kata ganda penuh yang paling sesuai:


1  _______ Persatuan Sains akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka.
A  Hebat-hebat C   Ahli-ahli
B  Adik-adik D  Ahih-alih

2  Sejak _________ ini, kesihatan datuk saya tidak begitu baik.
A  siang-siang C  akhir-akhir
B  diam-diam D  dulu-dulu

3  Angin yang ________ di kawasan sawah padi itu sungguh mendamaikan hati saya.
A  sepah-sepah C  sepoi-sepoi
B  sejuk-sejuk D  kuat-kuat

4  Ayah membuang almari lama yang sudah reput dimakan  _________ itu.
A  labah-labah C  kuda-kuda
B  rama-rama D  anai-anai

5  ' ________ saya sahaja yang mengemas bilik darjah ini,' kata Liyana tidak puas hati.
A  Masing-masing C  Asyik-asyik
B  Lumba-lumba D  Baik-baik

6  Catriona menutup bekas gula itu _______ supaya tidak dimasuki semut.
A  dalam-dalam C  halus-halus
B  dekat-dekat D  ketat-ketat

7  Pihak sekolah akan mengkaji _________ keruntuhan akhlak dalam kalangan murid-murid.
A  langkah-langkah C  kalau-kalau
B  faktor-faktor D  gara-gara

8  Sayur yang dijual di gerai Pak Cik Hasan itu _________.
A  bersih-bersih C  segar-segar
B  cantik-cantik D  baik-baik

9  Beg itu _______ untuk diisi dengan 12 pasang baju saya.
A  penuh-penuh C  ketat-ketat
B  padat-padat D  muat-muat

10  ________ Lagi dia sudah mendaftar sebagai ahli Kelab Wushu di sekolahnya.
A  Tinggi-tinggi C  Rajin-rajin
B  Awal-awal D  Tua-tua

Jawapan
1C 2C 3C 4D 5C 6D 7B 8C 9D 10B