Pilih perkataan sinonim (seerti atau sama makna) bagi perkataan bergaris :
91. Kedua-dua ekor anak lembu itu telah dibaham oleh seekor harimau
yang lapar di padang rumput savana.
A. sedut C.
makan
B. hisap D.
hembus
92. Datin Ruby mengizinkan anak-anak gadisnya keluar bersama
kawan-kawannya asalkan mereka pandai menjaga diri.
A. melarang C.
membenarkan
B. merelakan D.
memperkenankan
93. Tat Tan mengambil sikap berdiam diri dan tidak mahu menyebelahi mana-mana
pihak yang berbalah itu kerana beliau tidak mahu bersalah terhadap sesiapa pun.
A. memihak C.
menyetujui
B. mengadili D.
menghakimi
94. Kereta mewah Toyota mampu mencapai kelajuan sehingga 200 km per jam di
jalan raya.
A. kehebatan C.
kepantasan
B. kecekapan D.
keunggulan
95. Puan Hi menanam pelbagai jenis pokok bunga pasu di halaman
rumahnya kerana itu hobinya.
A. dapur C.
bumbung
B. anjung D.
perkarangan
96. Tai Hii dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan hal
pentadbiran syarikatnya setelah bapanya Encik Kai Hua bersara.
A. des C. urusan
B. fasal D.
masalah
97. Mereka akan berangkat ke Kuala Lumpur dari kampung keesokan hari jika
tida ada apa-apa halangan.
A. tegahan C.
rintangan
B. masalah D.
gangguan
98. Setiap kali pulang dari sekolah,
Chun Kian akan mengelak diri dari melintasi kawasan ladang ternakan yang
berbau hamis itu.
A. kotor C.
tengik
B. busuk D.
hangit
99. Air kopi yang dibuat oleh kakak itu terasa hambar rasanya sebab
serbuk kopi diletak oleh kakak tidak mencukupi.
A. pahit C.
tawar
B. sejuk D.
dingin
100. Peter seorang pelajar yang rajin dan cekap, oleh sebab itu dia
disayangi olah guru-gurunya.
A. teliti C.
mahir
B. tekun D.
sopan
Jawapan:
91C
92C
93A
94C
95D
96C
97C
98C
99C
100B