Pilih perkataan sinonim (seerti atau sama makna) bagi perkataan bergaris :
141.Mereka terpaksa melalui laluan yang sempit untuk sampai ke rumah
bomoh itu.
A. arah C.
jurang
B. jalan D.
petunjuk
142.Selama ini Rudy menjadikan pelukis terkenal itu sebagai sumber ilham untuk
menghasilkan karya-karya lukisannya.
A. wahyu C.
inspirasi
B. petunjuk D.
panduan
143.Kapal layar itu karam setelah ribut kencang melanda lautan itu
semalam.
A. jatuh C.
hanyut
B. masuk D.
tenggelam
144.Para Petani di Perlis merasa kecewa kerana banjir besar yang berlaku
di negeri itu telah menyebabkan kerosakan besar pada tanaman mereka.
A. pilu C. sedih
B. perit D.
hampa
145.Negara Malaysia maju dan dikenali di serata dunia kerana berada di bawah teraju
pemimpin yang adil dan berwibawa.
A. kuasa C.
petunjuk
B. arahan D.
pemeritahan
146.Walaupun Atirah berada jauh di perantauan namun dia tidak pernah melupakan
segala ajaran yang diberikan oleh ibu bapanya.
A. usaha C.
petunjuk
B. nasihat D.
sokongan
147.Ibu bapa Sofea sentiasa memberi galakan kepadanya untuk menceburi
bidang yang diminati.
A. kejian C.
desakan
B. gesaan D.
dorongan
148.Setiap pagi Pak Misa akan mengayuh becanya untuk mencari rezeki bagi
menyara keluarganya.
A. menuntun C.
memusingkan
B. menyusung D.
menggerakkan
149.Setiap malam Mei Si akan duduk di beranda sambil merenung ke langit
melihat keindahan bintang.
A. bumi C.
angkasa
B. alam D.
cakerawala
150.Anak Puan Loh yang baru berumur 3 tahun sering mengecahkan alat
mainannya di ruang tamu rumah.
A. menaburkan C.
melonggokkan
B. menyerakkan D. menyelerakkan
Jawapan:
141B
142C
143D
144D
145D
146B
147D
148D
149D
150D