Isi tempat kosong dengan kata ganda penuh yang paling sesuai :
1 Alat mainan itu sudah tidak boleh digunakan lagi kerana sudah _______.
A tanggal-tanggal C herot-herot
B koyak-koyak D robek-robek
2 Soalan yang terdapat dalam buku latihan itu ________ belaka.
A hampir-hampir C tajam-tajam
B susah-susah D bulat-bulat
3 Adam ________ tergelincir semasa melalui jalan yang licin itu.
A pandai-pandai C dekat-dekat
B nyaris-nyaris D rasa-rasa
4 Suhana terkejut apabila bahunya ditepuk oleh Geetha secara _______.
A nyaring-nyaring C kuat-kuat
B tinggi-tinggi D tiba-tiba
5 ________ yang terdapat pada Jalur Gemilang itu melambangkan jumlah negeri di Malaysia.
A Warna-warna C Garis-garis
B corak-corak D Jalur-jalur
6 Penduduk kampung merayu agar Jabatan kerja Raya menurap jalan yang ______ itu dengan segera.
A dekat-dekat C lekuk-lekuk
B tajam-tajam D lama-lama
7 Datuk makan pil yang diberi oleh doktor itu ________.
A sendiri-sendiri C sekali-sekali
B sering-sering D satu-satu
8 Kakak _______ untuk mencuba produk kecantikan yang terbaru di pasaran itu.
A nyaris-nyaris C tawar-tawar
B dekat-dekat D ragu-ragu
9 “Sudah lama Vincent tidak menghubungi kita, ___________ dia tidak sihat,” kata Haikal kepada Anand.
A jarang-jarang C harap-harap
B bukan-bukan D entah-entah
10 Rafiq tidak dapat melupakan _______ dia menerima Anugerah Murid Cemerlang di sekolahnya.
A masa-masa C saat-saat
B minit-minit D tahu-tahu
Jawapan
1A 2B 3B 4D 5D 6C 7D 8D 9D 10C