Pilih perkataan sinonim (seerti atau sama makna) bagi perkataan bergaris :
101. Jurulatih bola keranjang bertungkus-lumus melatih pasukan sekolah
tetapi mereka tewas juga dalam perlawanan bola keranjang.
A. kalah C.
kandas
B. goyah D.
cemerlang
102. Ibu memasukkan kesemua bahan-bahan bawang merah dan putih yang hendak
dipotong ke dalam mesin pengisar untuk dihancurkan sehingga lumat dan menjadi
cebisan.
A. dileburkan C.
direlaikan
B. dikisarkan D.
dilarutkan
103. Sufian antara murid Encik Lim yang handal bermain catur dalam
kelasnya.
A. bijak C.
mahir
B. cepat D.
unggul
104. Pada musim perayaan, ibu kota menjadi sunyi apabila kebanyakan
penghuninya pulang ke kampung untuk berhari raya.
A. sepi C. diam
B. bisu D. muram
105. Bapa menghampar tikar di bawah pohon yang rendang untuk
meletakkan bekalan makanan yang dibawa oleh ibu.
A. menebar C.
membuang
B. melayang D.
membentang
106. Mary selalu bersenam di Tasik Cahaya sambil menghirup udara
yang segar.
A. menelan C.
menyedut
B. meneguk D.
menghisap
107. Mei Ying menyandang beg tangannya sambil membimbit satu plastik
buah epal.
A. memikul C.
menyusung
B. menggalas D.
menjunjung
108. Pada cuti sekolah yang lalu Ivy dan keluarganya menjelajah ke
Semenanjung Malaysia dengan menaiki bas.
A. melihat C.
menyelidik
B. menziarah D.
melancong
109. Ibu mengarahkan adik mengemas buku-buku yang berselerakan di ruang
tamu.
A. menarik C.
menyusun
B. menolak D.
membuang
110. Berita buruk yang melanda penyanyi terkenal di Amerika Syarikat
menyebabkan ramai wartawan yang ingin menemu bualnya.
A. menduga C.
menemu duga
B. mengusik D. menemu
ramah
Jawapan:
101A
102B
103C
104A
105D
106C
107B
108D
109C
110D