Pilih perkataan sinonim (seerti atau sama makna) bagi perkataan bergaris :
161.Jentera pembajak merupakan kaedah moden bagi petani untuk memudahkan
dan mempercepatkan kerja.
A. mula C.
baharu
B. silam D.
sekarang
162.Walaupun Ilham seorang anak jutawan, namun dia tidak sombong dan
kedekut terhadap rakan-rakannya.
A. hartawan C.
negarawan
B. dermawan D.
bangsawan
163.Pasukan Kedah telah berjaya menjaringkan gol yang pertama pada minit
yang ke-15.
A. mengisikan C. memasukkan
B. meledakan D.
menyumbatkan
164.Cikgu Wong memesan kepada murid-muridnya supaya memastikan semua
komputer ditutup selepas menggunakan makmal komputer.
A. meminta C.
menasihat
B. mengarah D.
mengingat
165.Pengeluar produk kesihatan diminta supaya memastikan produk mereka berkualiti
supaya barang-barang tersebut tidak menjejaskan kesihatan pengguna.
A. bernilai C.
bermutu
B. bertaraf D.
berharga
166.Ketabahan Puan Lim membesarkan anak-anaknya sehingga berjaya memasuki
universiti dikagumi oleh para wanita di kampungnya.
A. dicintai C.
dibenci
B. disukai D.
disanjungi
167.Kapten Kapal itu mengarahkan anak-anak kapalnya mengubah haluan
kapal apabila mendapati keadaan cuacu di bahagian selatan yang bertambah buruk.
A. menukar C.
menghala
B. meminda D.
menyusun
168.Puan Janet mengumpul baju-baju terpakai untuk didermakan kepada
rumah anak-anak yatim.
A. melonggok C.
menghimpun
B. mengambil D. mengelompok
169.Proses mencanting batik dibuat dengan teliti oleh pekerja-pekerja
yang mahir itu.
A. tepat C.
cermat
B. kemas D.
hati-hati
170.Thomas menyedari bahawa masa untuk menyiapkan tugasaan yang diberi oleh
gurunya sudah semakin suntuk.
A. tamat C.
lambat
B. kurang D.
singkat
Jawapan:
161C
162A
163C
164D
165C
166D
167A
168C
169C
170D