Isi tempat kosong dengan kata ganda penuh yang paling sesuai :
1 Buah durian yang dibeli oleh ayah _______ isinya.
A manis-manis C pekat-pekat
B cukup-cukup D elok-elok
2 Kakak menyelitkan sekeping nota di ________ buku yang menimbun itu.
A masuk-masuk C jarak-jark
B celah-celah D jiran-jiran
3 “________ kamu, siapakah yang layak untuk menjadi ketua pengawas sekolah kita?” tanya Peter kepada kepada Susan.
A Moga-moga C Kata-kata
B Agak-agak D Kira-kira
4 Ibu membantu adik mengenal _______ yang terdapat di dalam buku itu.
A abjad-abjad C ingat-ingat
B habis-habis D kira-kira
5 Puan Leza menghidangkan _______ santan kepada tetamu yang datang ke rumahnya.
A mentah-mentah C agar-agar
B murah-murah D nasi-nasi
6 Mohan bimbang ________ permohonannya untuk melanjutkan pelajaran di universiti itu ditolak.
A kalau-kalau C bukan-bukan
B nyaris-nyaris D takut-takut
7 Helmi bertanggungjawab memelihara _________nya sejak pemergian kedua-dua orang tua mereka.
A rakan-rakan C adik-adik
B jiran-jiran D ibu-ibu
8 ________ yang dipakai oleh Puan Ani bertatahkan batu permata.
A Panjang-panjang C kain-kain
B Anting-anting D Baju-baju
9 Irene _______ setelah makan makanan yang tercemar itu.
A muntah-muntah C kurus-kurus
B lembik-lembik D hati-hati
10 Wajah gadis yang berambut keriting itu ______ wajah biduanita Sharifah Ani.
A nyaris-nyaris C cemas-cemas
B hampir-hampir D iras-iras
Jawapan:
1D 2B 3B 4A 5C 6A 7C 8B 9A 10D