Pilih perkataan seerti (sinonim) bagi perkataan bergaris :
31. Kampung Basri telah dilanda banjir sejak dua hari yang lalu
sehingga semua sekolah dan Tadika tutup buat sementara waktu.
A. bah C. taufan
B. ribut D.
gelora
32. Ikan yu ialah sejenis ikan yang membahayakan nyawa manusia
kerana badan yang besar dan ganas.
A. siakap C.
paus
B. kembung D.
jerung
33. Daging salai yang dijual di restoran itu memang membuka selesa
sehingga adik makan dua mangkuk nasi.
A. beku C.
rangup
B. kukus D.
panggang
34. Pokok bunga mawar di halaman rumah Salmah harum baunya.
A. kuat C.
wangi
B. lazat D.
sedap
35. Fatin menghumban barang-barang yang tidak digunakan lagi ke
dalam tong sampah sewaktu membersihkan rumahnya.
A. melontar C.
melempar
B. membuang D.
mencurah
36. Pondok usang di tepi sawah padi itu dihuni oleh Pak Mat dan
isterinya sudah berabad-abad.
A. daif C. lapuk
B. lama D.
buruk
37. Setiap bulan David akan mengirim wang dari bandar tempat dia
bekerja kepada ibunya di kampung.
A. meminta C.
membalas
B. memesan D. menghantar
38. Baju yang dibeli oleh Farhan terlalu singkat dan tidak sesuai
dengan badannya yang tinggi dan kurus.
A. cetek C.
pendek
B. ringkas D.
dangkal
39. Pei Ling menyusun buku-buku rujukan di rak yang disediakan oleh
perpustakaan sekolah.
A. mengatur C.
membersih
B. mengurus D.
membentuk
40. Liza ketawa terbahak-bahak mendengar cerita Mary yang kelakar
mengenai adik sepupu yang berumur 5 tahun.
A. lucu C.
sedih
B. sinis D.
seloka
Jawapan:
31A
32D
33D
34C
35B
36B
37D
38C
39A
40A