Tahun 6 LATIHAN OBJEKTIF 5 - KATA GANDA PENUH BERFORMAT KBSR

Isi tempat kosong dengan kata ganda penuh yang paling sesuai:


1  Ramai yang mengetahui bahawa __________tidak baik untuk.
A  pedas-pedas C  gula-gula
B  paru-paru D  guli-guli

2  Nenek menyediakan makanan yang _______ setiap kali kami pulang ke kampung.
A  penuh-penuh C  enak-enak
B  cantik-cantik D  lauk-lauk

3  Adik berlari _________ mendapatkan ayah yang baru pulang dari kerja.
A  kedek-kedek C  kelek-kelek
B  lincah-lincah D  lama-lama

4  Cadangan saya untuk menambah kolam ikan di tman sains ditolak  _________ oleh guru besar.
A  mentah-mentah C  masing-masing
B  masak-masak D  molek-molek

5  “  __________ bekalan air di kampung ini terputus selama beberapa hari,” kata salah seorang penduduk kepada wartawan.
A  kadang-kadang C  jangan-jangan
B  lambat-lambat D  jarak-jarak

6  Pertandingan memasak makanan tradisional ________ kali diadakan di kawasan perumahan saya.
A  lapang-lapang C  lama-lama
B  jarang-jarang D  satu-satu

7  Ayah memandu kereta dengan ________ untuk mengelakkan kemalangan.
A  henti-henti C  lama-lama
B  jarak-jarak D  hati-hati

8  Irine tidak ______ bercerita tentang pengalamannya melancong ke luar negara.
A  masak-masak C  cukupcukup
B  lancar-lancar D  habis-habis

9  Petani itu meletakkan __________ di sawahnya untuk menakut-nakutkan burung.
A  bunga-bunga C  kayu-kayu
B  orang-orang D  para-para

10  Kita perlu berfikir _________ sebelum membuat sebarang keputusan.
A  masak-masak C  tajam-tajam
B  penuh-penuh D  tebal-tebal

Jawapan
1C 2C 3A 4A 5A 6C 7D 8D 9B 10A