Pilih perkataan sinonim (seerti atau sama makna) bagi perkataan bergaris :
61. Adik tidak sempat mengejar penjual aiskrim yang menaiki motosikal itu
kerana penjual itu baru sahaja berlalu.
A. bergerak C.
berjalan
B. berpisah D.
beredar
62. Selepas sebulan berlayar, kapal Tentera Laut Diraja Malaysia akhirnya berlabuh
di Pelabuhan Klang.
A. bertolak C.
berlepas
B. berhenti D.
berlanggar
63. Kanak-kanak di kampung itu agak mundur dalam pelajaran kerana
kekurangan tenaga pengajar yang bekebolehan.
A. maju C.
susun
B. jatuh D.
tertinggal
64. Kempen kerbersihan yang dianjurkan oleh pihak sekolah akan
bermula tidak lama lagi.
A. diadakan C.
disarankan
B. diusulkan D.
dicadangkan
65. Penghulu mengagihkan kerja kepada setiap penduduk kampung yang
terlibat dalam gotong – royong itu agar kerja pembersihan pasar cepat habis.
A. memberikan C.
menyerahkan
B. mengutuskan D. membahagikan
66. Sebilangan pelajar di kelas itu masih belum menjelaskan yuran
sekolah walaupun tarikh penjelasan yuran sudah tiba.
A. melunaskan C.
menghabiskan
B. menerangkan D. menyelesaikan
67. Kain sutera boleh diuji keaslinya dengan membakar sedikit pada
hujung kain itu.
A. ketulenan C.
kecantikan
B. keindahan D.
keberkesanan
68. Bentuk silinder selalu digunakan untuk membina menara kerana bentuknya
yang kuat dan tidak mudah roboh.
A. musnah C.
runtuh
B. hancur D.
rebah
69. Ibu keluar dari dapur sambil menatang sedulang kopi yang dibuat
untuk ayah.
A. memikul C.
membimbit
B. membawa D.
menjunjung
70. Sesetengah haiwan berkelakuan ganas untuk mengawasi keselamatan
anak-anaknya.
A. melindungi C.
mengawal
B. memerhati D.
menjaga
Jawapan:
61D
62B
63D
64A
65D
66A
67A
68C
69B
70C