Pilih perkataan seerti bagi perkataan bergaris.
21. Walaupun Amira berbadan kecil tetapi dia seorang yang berani.
A. kuat C. gagah
B. yakin D. cekap
22. Lela seorang yang periang namun tidak siapa tahu kesulitan yang ditanggung olehnya.
A. kesakitan C. kesusahan
B. kerisauan D. kebingungan
23. Rama mengetahui berita tentang kemalangan jirannya semasa terbang ke Europa melalui televisyen.
A. notis C. hebahan
B. khabar D. pengumuman
24. Mak Cik Minah membalut nasi lemak dengan menggunakan daun pisang untuk dijual di pasar.
A. melipat C. menyarung
B. mengurung D. membungkus
25. Pada saat genting, pemain bola sepak yang lincah itu menyarung jersi bernombor 4 menjadikan pasukan Liverpool menang 4-0.
A. memakai C. menyalut
B. mencuba D. membungkus
26. Puan Aminah meletakkan semua sayur-sayuran yang dibelinya di pasar ke dalam bakul.
A. sarang C. bekas
B. raga D. besen
27. Moses menjawab soalan peperiksaan bagi kertas Bahasa English dengan mudah kerana dia pandai dalam bahasa itu.
A. baik C. senang
B. yakin D. cemerlang
28. Rumah besar yang terletak di atas bukit itu adalah milik Pak Hassim.
A. ada C. tanggungjawab
B. untuk D. kepunyaan
29. Shan De gagal menewaskan Mohamad dalam acara badaminton peringkat negeri Selangor bagi pusingan akhir piala Sultan Laksamana.
A. tewas C. kecewa
B. hampa D. malang
30. Walaupun Sudin berasal dari keluarga yang miskin, namun dia tetap bersyukur dengan kehidupannya sebab gajinya mencukupi.
A. payah C. rumit
B. fakir D. susah
Jawapan:
21C
22C
23B
24D
25A
26B
27C
28D
29A
30B