Tahun 6 LATIHAN 9 : KATA GANDA PENUH BERFORMAT KBSR

Isi tempat kosong dengan kata ganda penuh yang paling sesuai:


1  Ivy,  Mirrah dan Dewi merupakan _________ saya semasa menuntut di Universiti Putra Malaysia dahulu.
A  kakak-kakak C  guru-guru
B  rakan-rakan D  jiran-jiran

2  Saya sentiasa berdoa ________ Mak Cik Jinah sembuh daripada penyakitnya.
A  cukup-cukup C  moga-moga
B  tegap-tegap D  kuat-kuat

3  Adik makan  asikrim secara ________ kerana takut dimarahi oleh ibu.
A  sembunyi-sembunyi C  sekat-sekat
B  gelap-gelap D  jauh-jauh

4  Usia Nirmala ________ 12 tahun pada tahun April nanti.
A  padat-padat C  genap-genap
B  nyaris-nyaris D  bulat-bulat

5  ________ kaum ibu di kampung ini mahir menganyam tikar.
A  Macam-macam C  Siapa-siapa
B  Masing-masing D  Rata-rata

6  Buku yang dimiliki oleh Kok Seng  ______belaka.
A  keras-keras C  tebal-tebal
B  kasar-kasar D  nipis-nipis

7  Badan saya _______ setelah mendaki Gunung Kinabalu yang tinggi itu.
A  lembik-lembik C  carik-carik
B  gemuk-gemuk D  sakit-sakit

8  Dia menatap  gambar ibu yang dirindui itu _______.
A  lambat-lambat C  lama-lama
B  hampir-hampir D  jelas-jelas

9  Saya ______ untuk membuat kuih tradisional itu tetapi tidak menjadi.
A  susah-susah C  agak-agak
B  takut-takut D  cuba-cuba

10  Kuih karipap yang baru lepas digoreng itu ______ belaka.
A  comel-comel C  cantik-cantik
B  panas-panas D  pahit-pahit


Jawapan
1B 2 C 3A 4C 5D 6C 7D 8C 9D 10B