Latihan 3 - Soalan Objektif Kata Ganda Penuh

Latihan Berformat KBSR
Isi tempat kosong dengan Kata Ganda Penuh  yang paling sesuai.


1  Buah durian yang dibeli oleh ayah _______ isinya.
A  manis-manis C  pekat-pekat
B  cukup-cukup D  elok-elok

2  Kakak menyelitkan sekeping nota di  ________ buku yang menimbun itu.
A  masuk-masuk C  jarak-jark
B  celah-celah D  jiran-jiran

3  “________ kamu,  siapakah yang layak untuk menjadi ketua pengawas sekolah kita?”  tanya  Peter kepada  kepada Susan.
A  Moga-moga C  Kata-kata
B  Agak-agak D  Kira-kira

4  Ibu membantu adik mengenal _______ yang terdapat di dalam buku itu.
A  abjad-abjad C  ingat-ingat
B  habis-habis D  kira-kira

5  Puan Leza menghidangkan _______ santan kepada tetamu yang datang ke rumahnya.
A  mentah-mentah C  agar-agar
B  murah-murah D  nasi-nasi

6  Mohan bimbang ________ permohonannya untuk melanjutkan pelajaran di universiti itu ditolak.
A  kalau-kalau C  bukan-bukan
B  nyaris-nyaris D  takut-takut

7  Helmi bertanggungjawab memelihara _________nya sejak pemergian kedua-dua orang tua mereka.
A  rakan-rakan C  adik-adik
B  jiran-jiran D  ibu-ibu

8  ________ yang dipakai oleh Puan Ani bertatahkan batu permata.
A  Panjang-panjang C  kain-kain
B  Anting-anting D  Baju-baju

9  Irene _______ setelah makan makanan yang tercemar itu.
A  muntah-muntah C  kurus-kurus
B  lembik-lembik D  hati-hati

10  Wajah gadis yang berambut keriting itu  ______ wajah biduanita Sharifah Ani.
A  nyaris-nyaris C  cemas-cemas
B  hampir-hampir D  iras-iras

Jawapan:
1D 2B 3B 4A 5C 6A 7C 8B 9A 10D