LATIHAN 2 - KATA GANDA PENUH

Isi tempat kosong dengan kata ganda pehun yang paling sesuai :


1  Kaki Alya ________kerana digigit nyamuk di kebun itu.
A  keras-keras C  gatal-gatal
B  carik-carik D  garu-garu

2  Puan Diana rambang mata memilih kain batik yang _______ di kedai itu.
A  cantik-cantik C  bulat-bulat
B  alang-alang D  kelip-kelip

3  Antara _______ murid yang cemerlang ialah bijak, rajin dan berbudi bahasa.
A  diam-diam C  biri-biri
B  baik-baik D  ciri-ciri

4  Ibu memegang tangan adik ________ semasa hendak melintas jalan.
A  dekat-dekat C  ketat-ketat
B  rapat-rapat D  erat-erat

5  Tumit kaki Rita ________ kerana terlalu kering.
A  jarang-jarang C  tebal-tebal
B  pecah-pecah D  pijak-pijak

6  Datuk Kamil _________ ada di pejabatnya kerana sering menghadiri mesyuarat di luar daerah.
A  kadang-kadang C  bukan-bukan
B  jarang-jarang D  jarak-jarak

7  Sistem pengangkutan yang terdapat di negara Jepun _______ belaka.
A  canggih-canggih C  faham-faham
B  bangun-bangun D  ciri-ciri

8  Cikgu Azlan menunjukkan _________ untuk membuat model kamera itu kepada murid-muridnya.
A  lincah-lincah C  cara-cara
B  asyik-asyik D  ciri-ciri

9  Juruterbang merupakan _________ abang sejak kecil lagi.
A  minta-minta C  cita-cita
B  cari-cari D  kira-kira

10  Abang Reza ________ terjun ke dalam kolam renang untuk menyelamatkan budak yang hampir lemas itu.
A  kemas-kemas C  cepat-cepat
B  malas-malas D  rajin-rajin


Jawapan 1C 2A 3D 4D 5B 6B 7A 8C 9C 10C