Latihan Sinonim 14

Pilih perkataan sinonim (seerti atau sama makna) bagi perkataan bergaris :


131.Pemuda itu dimasukkan ke dalm jel kerana kesalahan meragut.
A.  sangkar                              C.  istana
B.  penjara                               D.  jerat

132.Su Pei mempunyai hati yang suci kerana sanggup memaafkan kawan-kawan yang selalu membulinya.
A.  soleh                                  C.  bebas
B.  kudus                                 D.  bersih

133.Aden selalu berwaspada apabila disapa oleh orang yang tidak dikenali kerana bimbang orang itu berniat tidak baik kepadanya.
A.  berfikir                              C.  berhemat
B.  berduka                             D.  berhati-hati

134.Setelah melengkapkan borang itu,  Azman melampirkan sijil-sijilnya bersama borang tersebut.
A.  meletakkan                        C.  mengepilkan
B.  merapatkan                        D.  mendampingkan

135.Buah mangga yang ditanam oleh datuk sudah ranum di dahan pokok dan orang ramai yang melalui rumah datuk terasa ingin mencubanya sahaja.
A.  segar                                  C.  garing
B.  manis                                 D.  masak

136.Hujan lebat yang turun tidak henti-henti itu menyebabkan aras air di sungai itu berada pada tahap yang berbahaya dan penduduk yang tinggal berdekatan tebing sungai itu diarah meninggalkan tempat tinggal mereka buat sementara waktu.
A.  had                                                C.  tingkat
B.  paras                                  D.  peringkat

137.Cikgu Phang menyoal murid-muridnya tentang makna perkataan yang diberikan dalam buku latihan Bahasa Cina.
A.  arahan                                C.  jawapan
B.  huraian                               D.  maksud

138.Beg plastik yang dibawa oleh Mei Lan dari Hypermart sudah robek kerana terlalu banyak barang yang diisi ke dalamnya.
A.  rabik                                  C.  pecah
B.  reput                                  D.  musnah

139.Selama ini Encik Lau membantu jirannya dengan ikhlas dan tidak mengharapkan apa-apa sebagai balasan.
A.  rela                                    C.  murni
B.  suci                                    D.  amanah

140.De Wah memecut keretanya untuk mengejar pencuri yang meragut beg tangannya sewaktu dia masuk ke kereta tadi.
A.  menarik                             C.  merampas

B.  mencabut                           D.  menghempas

Jawapan:
131B
132D
133D
134C
135D
136B
137D
138C
139A
140C