Kata Seru – Latihan

Kata Seru – Latihan


Keterangan :

Kata seru digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang sama ada gembira, geram, marah, hairan, sakit , takut dan sebagainya.

Contoh:
Ah – menyatakan penolakan atau rasa tidak setuju.
Aduh – menyatakan perasaan sakit.
Aduhai – menyatakan perasaan sedih atau rintihan.
Am boi – menyatakan rasa kagum atau hairan
Cis - untuk menyatakan perasaan marah , mencemuh atau marah bercampur jijik.
Eh – perasaan hairan atau terkejut
Hai – menyapa atau menarik perhatian
Nah – untuk mempelawa seseorang menerima sesuatu
Oh – menyatakan perasaan terkejut, hairan, sedih atau kecewa
Wah – menyatakan perasaan kagum
Wahai – perasaan sedih atau untuk menarik perhatian

Latihan :

Isikan tempat kosong di bawah dengan kata seru yang sesuai :
__________________________________________________________________________________
Aduh         Aduhai         Amboi         wahai           Cis        Wah         Nah         Syabas             Hai       Oh          Eh

1.)    ______________, sudah lama kita tidak berjumpa !
2.)    ______________, kamu rupa-rupanya yang mengambil pensel aku !
3.)    ______________, kamu berjaya mendapat markah yang baik dalam peperiksaan Bahasa Melayu.
4.)    ______________, malangnya nasib pemuda yang ditimpa kemalangan di jalan raya itu.
5.)    ______________, kawan-kawan, mari kita ke kantin bersama-sama!
6.)    ______________, merahnya baju awak !
7.)    ______________,  cubalah kek yang saya buat ini !
8.)    ______________, rupa-rupanya awak yang mencuri duit aku !
9.)    ______________, malangnya mangsa-mangsa di Indonesia yang ditimpa bencana bumi seperti tsunami dan gempa bumi.
10.) _____________, sakitnya gigi aku !
11.) _____________, cantiknya bunga ini !
12.) _____________, berani kamu menggangu adikku !
13.) _____________, ambillah wang ini !
14.) _____________, kamu telah mengambil tempat pertama dalam pertandingan melukis itu !
15.) _____________, peningnya kepala aku ini !
16.) _____________, sakitnya perut aku ini !
17.) _____________, keluarga itu sentiasa ditimpa nasib malang!

Amazon Deals