BM Tahun 3 : Latihan Kata Adjektif

Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai. (16%)

            kelabu        kemas       suam                bersih      mesra      berani            indah      sayang

1.      Rina suka berjoging di taman kerana keadaan di situ __________________ .
2.      Sebagai anggota polis, kita hendaklah sentiasa _______________ ketika menjalankan tugas.
3.      Pemandangan di kaki gunung itu sungguh _______________ terutamanya pada waktu senja.
4.      Baju yang dipakai oleh ibu Cindy berwarna ________________ .
5.      Kakak membantu ibu menyusun pinggan mangkuk di dapur supaya kelihatan ____________ .
6.      Adik minum segelas air ________________ selepas makan.
7.      Pelayan restoran itu melayan pelanggan dengan _____________ .
8.      Ron sangat _____________ akan binatang peliharaannya.

Jawapan : 1. bersih, 2. berani, 3. indah, 4. kelabu, 5. kemas, 6. suam, 7. mesra, 8. sayang