BM Tahun 3 : Latihan Kata Bilangan

Gariskan kata bilangan yang sesuai. (16%)

1.      ( Semua / Segala / Setengah ) murid di kelas itu sedang beratur di luar bilik darjah.
2.      Emak memberi ( kedua / setiap / separuh ) kek itu kepada jiran kami.
3.      Kakak mendapat tempat ( kedua-dua / dua / kedua ) dalam pertandingan itu.
4.      ( Masing-masing / Pelbagai / Setengah ) jenis pakaian dijual di pasaraya itu.
5.      Sudah (berbulan-bulan / berjam-jam / bertahun-tahun ) saya menunggu Jamie di perhentian bas ini.
6.      (Setengah / Secucuk / Ribuan ) penonton menyaksikan perlawanan bola sepak itu.
7.      Penumpang dinasihati supaya memakai tali pinggang ( setiap / masing-masing / beberapa ).
8.      Dr. Deng hanya memberi cuti selama (pertama / setiap / satu ) hari kepada Anita.


Jawapan : 
1. Semua, 2. separuh, 3. kedua, 4. Pelbagai, 5. berjam-jam, 6. Ribuan, 7. masing-masing, 8. satu

Amazon Deals