BM Tahun 2 : Petikan Pemahaman 2

Bacakan petikan di bawah. Kemudian, jawap soalan-soalan berikut. (10%)

Halim kawan baik saya. Nama ibunya Aminah, dia seorang guru. Ibu Halim seorang yang baik hati dan penyayang. Dia sentiasa menjaga Halim dan keluarganya dengan penuh kasih sayang. Pada masa lapang, Halim akan mendengar cerita daripada ibunya. Halim sentiasa belajar bersungguh-sungguh kerana dia ingin menjadi orang yang pandai dan membalas jasa ibunya apabila dewasa.


  1. Siapakah nama ibu Halim ?

Nama ibu Halim ialah ______________________________________ .

  1. Apakah pekerjaan ibu Halim ?

Ibu Halim seorang _________________________________________ .

  1. Bagaimanakah ibu Halim menjaga Halim dan keluarganya ?

Ibu Halim sentiasa menjaga Halim dan keluarganya dengan _________________________________

_____________________________________________________ .

  1. Bilakah Halim akan mendengar cerita daripada ibunya ?

______________________________________  Halim mendengar cerita daripada ibunya.

  1. Mengapakah Halim belajar bersungguh-sungguh ?

Halim belajar bersungguh-sungguh kerana _______________________________________________

__________________________________________________________________________________ .