Latihan Kata banyak Makna

Soalan-soalan objektif Kata banyak Makna


Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.


1  Di dalam sungai itu _____ banyak ikan.

2  Radziag ____ banyak pakaian yang cantik-cantik dan mahal

3  Ali sangat meminati lakonan seniman _____ Tan Sri P. Ramlee.

4  Mesyuarat ______ PIBG sekolah itu dihadiri ramai ibu bapa.

5  Ramu merupakan ____ Persatuan Bulan Sabit Merah di sekolahnya.

6  Siti bercita-cita mahu menjadi seorang _____ sains.

7  Amin terjatuh setelah kakinya tersadung ____ pokok kelapa

8  Walaupun telah lama menetap di negara orang, namun Hasan tahu ____ dirinya.

9  Saiful ialah peserta yang paling ____ tiba di garisan penamat dalam acara larian tersebut.

10  Dr.  Nazrin dakan melancong ke Indonesia pada ___ tahun ini.

11  Ibu dapat merasakan bahawa mimpi buruknya malam tadi akan membawa ______ yang tidak baik  kepada keluarga mereka.

12  Posmen akan menghantar surat ke rumah-rumah berdasarkan _____ yang tertulis pada sampul surat.

13  Zaleha memarahi adik kerana memecahkan _____ cawan ketika berada di rumah sepupu mereka itu.

14  ______ meja itu baru dibeli oleh Ramlah di pasar malam.

15  Ayah memerlukan _____ seperti gergaji, kayu dan paku untuk membuat kerusi kayu.

16  Radio telah menjadi _____ penyebar maklumat yang paling penting ketika zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

17  Kamal telah mengalami kecacatan kekal pada _____ kakinya setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya.

18   _____ tentera telah diarahkan untuk sentiasa menjaga sempadan negara supaya tidak berlaku sebarang pencerobohan.

19  ______ yang bertiup kencang sebentar tadi telah menyebabkan beberapa batang pokok tumbagn di kampung tersebut.
20  _____ Encik Sabri yang baik menyebabkan pekerjanya berasa senang hati.

21  “Siapa yang tahu jawapannya, sila _____ tangan,” kata Cikgu Salim kepada murid-muridnya.

22  Rahimah dan suaminya bersetuju untuk mengambil anak ____ kerana mereka tidak mempunyai zuriat sendiri.

23  Peserta merentas desa itu berlari mengikut tanda ____ yang telah ditetapkan.

24  Kehidupab Leha menjadi tidak tentu ____ sejak kematian suaminya.

25  ____ air sungai di Kampung Cempedak telah naik dengan mendadak selepas hujan turun tidak berhenti-henti sejak dua jari yang lalu.

26  Restoran makanan Minang yang diusahakan oleh Marini terletak di ____ tiga bangunan tersebut.

Jawapan
1 ada
2 ada
3 agung
4 agung
5 ahli
6 ahli
7 akar
8 akar
9 akhir
10 akhir
11 alamat
12 alamat
13 alas
14 alas
15 alat
16 alat
17 anggota
18 anggota
19 angin
20 angin
21 angkat
22 angkat
23 arah
24 arah
25 aras
26 aras