Latihan bertubi 6
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 _____ , teriknya cahaya matahari sejak kebelakangan ini!
A oh
B cis
C nah
D syabas
2 ______, kamu juga suka datang berenang di sini!
A Eh
B hai
C wahai
D Amboi
3 ______ , cepatnya adik kamu mengira!
A hai
B wah
C aduh
D aduhai
4 “ _____, berani kamu semua mengganggu keamanan kampung ini” kata ketua kampung dengan marah.
A Amboi
B Cis
C Ah
D Oh
5 _____, cantik sungguh gaun yang dipakai oleh pengantin itu!
A Eh
B oh
C aduhai
D wah
6 _____, malangnya mangsa kebakaran yang tinggal sehelai pinggang itu!
A aduhai
B aduh
C cis
D ah
7 “ ____ , kumpulan kamu telah menjuarai pertandingan ini” kata Cikgu Kumaran kepada Malek dan kawan-kawannya.
A wahai
B syabas
C oh
D nah
8 _____, ambilah buku cerita yang kamu mahu!
A amboi
B hai
C nah
D eh
9 “ _____ murid-murid, ingatlah pesanan kedua-dua orang tua kamu!” nasihat cikgu Mark.
A wahai
B wah
C hai
D eh
10 _____, sakitnya dahiku!
A aduh
B wah
C aduhai
D cis
11 _____ , terimalah tumbukanku yang hebat ini!
A nah
B oh
C cis
D hai
12 _____, Chee Han! Sudah lama tidak berjumpa dengan kamu.
A Nah
B Wahai
C Hai
D Amboi
13 _____, susah betul soalan peperiksaan akhir tahun!
A cis
B oh
C wah
D syabas
14 _____, aku tidak bersetuju dengan pendapat kamu itu!
A ah
B wah
C hai
D wahai
15 ___, ramping ibu kamu, Zaleha!
A Amboi
B cis
C Aduhai
D Syabas
16 ______, akhirnya kamu dinaikkan pangkat juga!
A Aduhai
B syabas
C hai
D Cis
17 “ ________ anak didikku, amalkan ilmu yang telah kamu pelajari selama ini”, kata mahaguru itu.
A wah
B Wahai
C Oh
D ah
18 _____, besarnya buah oren yang diimport ini!
A Ah
B Cis
C Nah
D Amboi
19 _____, gatalnya tapak kakiku!
A Nah
B Wah
C Eh
D Aduh
20 _____, rupa-rupanya kamu yang mengambil pensel saya!
A Oh
B Wah
C Syabas
D Aduhai
Jawapan :
1A
2A
3B
4B
5D
6A
7B
8C
9A
10A
11A
12C
13B
14A
15A
16B
17B
18D
19D
20A