Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Bryan seorang murid yang pintar ____ belajar di kelas 6 jujur.
A Hamba
B patik
C saya
D Dia
2 “ _____ akan berjumpa dengan Cikgu Harum pada petang nanti” kata David kepada Siti.
A Beta
B Saya
C patik
D kami
3 “Bolehkah ____ tunjukkan jalan ke perpustakaan Negara?” kata Devi kepada gadis itu.
A mereka
B kamu
C beliau
D dia
4 “ ______ perlu menggalahkan pasukan lawan supaya dapat melayakkan diri ke pusingan seterusnya,' kata ketua pasukan bola keranjang itu kepada ahli-ahlinya.
A kami
B beliau
C Kita
D saya
5 “ _____akan menurut perintah, tuanku,” kata Hang Tuah kepada sultan.
A Hamba
B beta
C baginda
D Patik
6 Murid-murid itu didenda oleh Cikgu Lim kerana ____ tidak menyiapkan kerja sekolah.
A dia
B mereka
C anda
D beliau
7 Puan Mastura ialah Guru Besar SJK (C ) Ching Mun. _____ telah berkhidmat di sekolah itu selama hampir tujuh tahun.
A baginda
B beta
C hamba
D patik
8 “ _____ berjanji akan membangunkan kawasan ini” titah Sultan Sulaiman.
A baginda
B beta
C hamba
D patik
9 Cikgu Faizal memuji Wai Ling atas tindakan _____ menolong seorang mangsa kemalangan pada pagi tadi.
A anda
B -nya
C dia
D ia
10 ______ mestilah taat kepada ibu bapa kerana mereklah yang membesarkan kita.
A Tuanku
B Mereka
C Kita
D kami
11 “ Wahai pelajar-pelajar , ______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya ke menara gading!' nasihat Guru Besar kepada kami.
A kalian
B engkau
C kami
D saya
12 “Lebih baik ____ segera pergi menelefon pihak bomba,” arah Kai Weng kepada kawannya apabila ternampak kebakaran.
A saya
B mereka
C dia
D kamu
13 Sultan Johor akan menghadiri majlis itu. ______ akan diiringi oleh Menteri Besar Johor.
A Beliau
B Baginda
C beta
D patik
14 “ _____ berasal dari mana?” tanya Encik Abu kepada pemuda itu.
A kamu
B kalina
C aku
D dia
15 “Bilakah _____ akan berjumpa dengan duta dari negara itu?” tanya bendahara kepada Sultan Iskandar.
A beta
B kamu
C tuanku
D hamba
16 “______ akan pergi ke pameran buku yang diadakan di dewan serba guna itu,” kata Jesus dan Johan kepada Ang.
A aku
B kami
C kita
D saya
17 Sekumpulan perompak berjaya melepaskan diri. _____ telah melarikan sejumlah barang kemas yang bernilai RM 300 000.
A Mereka
B Engkau
C Kita
D anda
18 “Sandra , marilah _____pergi mendayung sampan di tasik itu,” kata Thini.
A dia
B kita
C kamu
D saya
19 _____ seorang wakil rakyat yang sentiasa menyelesaikan masalah penduduk di kawasan ini.
A hamba
B beliau
C baginda
D mereka
20 _____ berazam untuk memecahkan rekod kebangsaannya dalam temasya sukan itu.
A dia
B hamba
C beta
D -nya
Jawapan
1D
2B
3B
4C
5D
6B
7C
8B
9B
10C
11A
12D
13B
14A
15C
16B
17A
18B
19B
20A