Latihan Peribahasa
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Encik Mail menerima
kedatangan kami dengan _____ walaupun belum pernah bertemu.
A tangan terbuka C cuci tangan
B gelap fikiran D tangkai hati
2 Najihah rela _____
untuk membeli kereta idamannya itu.
A gerak badan C hancur hati
B banyak akal D ikat perut
3 Jangan _______ menuduh
orang lain kalau tidak ada bukti yang kukuh.
A diam-diam ubi C angkat muka
B serkap jarang D curi tulang
4 Semua pekerja diminta
memberi ______ masing-masing dalam perbincangan meja bulat itu.
A buah fikiran C buah pena
B bauh mulut D buah hati
5 Apabila sudah berjaya,
Kok Meng menjadi _____ dan tidak mahu mendengar pendapat orang lain.
A bongkok udang C besar kepala
B darah daging D kaki bangku
6 Park Jung merupakan
_______ sekolah kami kerana dia sering mengharumkan nama sekolah dalam
pertandingan pidato dan badminton.
A anak kandung C anak emas
B anak angkat D anak buah
7 Setiap hari Ahad,
Cikgu Selvi akan mengajar anak-anak penduduk kampung itu yang tidak tahu
mengira dan ______
A mata duitan C kaki ayam
B busuk hati D buta huruf
8 Saya berasa _______
melihat telatah pelawak-pelawak di kaca televisyen itu.
A busuk hati C geli hati
B buah hati D iri hati
9 Pihak penguat kuaasa
menahan warga asing yang berniaga di _______ bangunan itu.
A kaki bangku C kaki botol
B kaki ayam D kaki lima
10 Ramli sering
menggunakan _______nya untuk menipu guru apabila tidak siap kerja sekolah.
A lidah bercabang C buta huruf
B tangkai jering D akal belut
11 Samat suka
_____ tentang kejayaan anak-anaknya.
A kerang busuk C cuci tangan
B cakap besar D busuk hati
12 Sikap Wok Lan yang
menyendiri seperti ______ itu menyebabkan rakan-rakannya memulaukannya.
A kambing hitam C lipas kudung
B kera sumbang D patah hati
13 Maria sangat gembira
menyambut kelahiran ______ sulungnya.
A cahaya mata C bidan terjun
B kaki wayang D anak kapal
14 Mona ______ semasa
emak dan ayahnya bernual-bual di ruang tamu.
A pasang telinga C terang hati
B pekak badak D ikat perut
15 Kilang itu dibina
dengan wang hasil _____ Amir yang dikumpul olehnya semasa bekerja di luar
negara.
A batu loncatan C tin kosong
B asam garam D titik peluh
16 Ayah hanya sempat
makan sekeping roti sebagai ______ sebelum pergim ke pejabat.
A ambil angin C ganti tikar
B alas perut D cuci mata
17 Para tetamu
mengucapkan tahniah kepada pasangan ______ yang sedang bersanding di atas
pelamin.
A gulung tikar C buta huruf
B raja sehari D cari fasal
18 Puan Nancy sentiasa
memastikan agar anak dan suaminya tidak keluar rumah dengan ______.
A perut kosong C beri muka
B buah tangan D gerak hati
19 Setelah beroperasi
selama 20 tahun, syarikat itu terpaksa ______ kerana tindakan pekerja yang
tidak bertanggungjawab.
A gulung tikar C curi tulang
B angkat kaki D cuci perut
20 Normi meminta ______
yang baru bekerja di rumahnya itu mengemas rumah setiap hari.
A kerang musuk C orang gaji
B orang dalam D anak air
Jawapan
1A
2D
3B
4A
5C
6C
7D
8C
9D
10D
11B
12B
13A
14A
15D
16B
17B
18A
19A
20C