Koleksi Soalan-soalan Objektif 1 - Kata Nama

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai..

1  _________itu bertungkus lumus mengerjakan sawahnya.
A  Peniaga
B  Penjaja
C  Petani
D  Nelayan

2  Beberapa ekor ______ bergayut pada sebatang pokok.
A lipas
B kera
C beruang
D tenggiling

3  Murid-murid sedang bersenam di ______
A  pawagam
B  kilang
C  perputakaan
D  padang

4 ________ baju Shazali tertanggal pada pagi tadi.
A Suis
B Kocek
C Skru
D Butang

5  Tumbuhan itu mempunyai ____ yang tajam.
A  duri
B  bunga
C  akar
D  kelopak

6  Pavidran telah membeli sebuah ______ di pameran komputer itu.
A  pencetak
B  komputer
C  tetikus
D  disket

7  Beribu-ribu batang pokok getah ditanam di ______ itu.
A ladang
B paya
C kolam
D tasik

8  _____ itu telah mengadili perbicaraan tersebut tanpa berat sebelah.
A peguam
B pengawal
C hakim
D pegawai

9 Wanita tua itu menuntun ____ di tepi jalan raya.
A kereta api
B kapal
C kereta
D basikal

10 ______ peliharaan Pak Seman meragut rumput di padang yang luas.
A zirafah
B itik
C kambing
D ayam

11 Kasut sukan berjenama _____ dijual dengan harga yang berpatutan.
A Taman Ehsan
B Singapura
C  Kamus Sari
D  Niko

12  Perlawanan persahabatan itu akan dijalankan di ______.
A  Stadium Bukit Jalil
B  Jalan Maharaja
C  Restoran Maju
D  Tasik Bera

13 Pak Cik Borhan menggunakan ____ yang baru dibelinya untuk menggembur tanah.
A gergaji
B gunting
C penukul
D cangkul

14  Kakak Fazi menggunakan ____ untuk mencedok sup yang dimasak tadi.
A senduk
B gelas
C garpu
D pisau

15  Alam persekolahan adik bermula di ______.
A  Bank Jaya
B  Tadika Gembira
C  Dewan Perdana
D  Stesen Kuala Lumpur

16  ______ dibuka di taman perumahan itu untuk memudahkan penduduk melakukan transaksi kewangan.
A  klinik Lim
B  bank permai
C Pasar Raya KK
D  balai polis Ampang

17  ______merupakan pensyarah Universiti kebangsaan Malaysia.
A  Bahasa Malaysia
B  Profesor Ali
C  Hang Tuah
D  Sultan Mahmud

18  Pasukan Pengakap Sekolah Menengahj Taman Malim berjaya tiba di puncak _____ pada pagi tadi.
A  Sungai Rejang
B  Gunung Tahan
C  Pejabat Pos Desa
D  Taman Tasik Titiwangsa

19  ______merupakan lambang bagi negara Malaysia.
A  Radio Televisyen Malaysia
B  utusan Malaysia
C  Sukan Malaysia
D  Jalur Gemilang

20  Haiwan peliharaan Suzana, _____ suka makan ikan dan minum susu.
A  Si Comel
B sang kancil
C sang semut
D sang rangkok

21  Kakak sulung saya, _____ akan melangsungkan perkahwinan pada minggu hadapan.
A  Rathika
B  Doktor Ali
C  Mohd Radi
D  Encik Yong

Jawapan 

1C
2B
3D
4D
5A
6A
7A
8C
9D
10C
11D
12A
13D
14A
15B
16B
17B
18B
19D
20A
21A