Koleksi Soalan-soalan objektif 10 - Kata Arah

Latihan bertubi 10

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Kebajikan anak-anak di _____ tanggungan ibu bapa.
A sudut
B dalam
C depan
D bawah

2 Pei Shy menyimpan nombor telefon kawan baiknya ke ______ telefon bimbit.
A sisi
B dalam
C penjuru
D puncak

3 Pak Nordin menebas semak di _____ rumahnya.
A atas
B sudut
C pinggir
D belakang

4 Kawasan perkelahan itu terletak di ____ sungai.
A hilir
B antara
C bawah
D penjuru

5 Bapa berdiri di ____ kereta sambil berbual-bual dengan kawannya.
A tepi
B dalam
C hujung
D pinggir

6 Terdapat dua bilah gunting di ____ kotak itu.
A hilir
B luar
C hulu
D dalam

7 Budak itu memasang barang hiasan di ____ pensel barunya.
A hujung
B puncak
C dalam
D hadapan

8 Peragawan dan peragawati itu sedang memperagakan pakaian rekaan Bernard Tan di _____ pentas.
A utara
B bawah
C atas
D sudut

9 Di _____ sungai itu ada sebuah pondok usang.
A puncak
B dalam
C atas
D seberang

10 Beberapa orang pemain berkumpul di gelanggang bola keranjang.
A tepi
B celah
C selatan
D tengah

11 Beberapa buah beg diletakkan di _____ kelas 6C.
A penjuru
B hilir
C hulu
D utara

12 Jonathan berdiri di ______ kuda yang hendak ditunggangnya.
A sisi
B hulu
C selatan
D utara

13 Pengawas itu berdiri di _____ murid -murid Tahun 4 Maju semasa perhimpunan dijalankan.
A sudut
B pinggir
C pangkal
D hadapan

14 Petani bertungkus-lumus menuai padi di _____ cahaya matahari yang terik.
A segi
A atas
C bawah
D puncak

15 Sazali duduk di ____ ibu dan kakaknya semasa menonton televisyen.
A hilir
B hulu
C hujung
D antara

16 Mantel merupakan lapisan _____ Bumi yang bersuhu 2000 °C hingga 4000°C .
A luar
B tepi
C hujung
D tengah

17 Tompok-tompok hitam di ____ permukaan roti itu ialah kulat.
A sisi
B atas
C dalam
D pangkal

18 Matahari terbit di sebelah _____ dan terbenam di sebelah barat.
A atas
B timur
C utara
D selatan

19 Udara di _____ bukit itu nyaman dan dingin.
A sudut
B hujung
C puncak
D penjuru

20 Jamal memasukkan surat ke ______ sampul surat sebelum mengeposkannya.
A luar
B celah
C dalam
D seberang

Jawapan :

1D
2B
3D
4A
5A
6D
7A
8C
9D
10D
11A
12A
13D
14C
15D
16D
17B
18B
19C
20C