Koleksi Soalan-soalan objektif 9 – Kata Sendi Nama

Latihan bertubi 9

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Mariani mengenali Junita ______ mereka kecil lagi.
A ke
B daripada
C dari
D sejak

2  Soalan peperiksaan Bahasa Malaysia tahun ini lebih senang ______ tahun lepas.
A  di
B dari
C pada
D daripada

3  Buku perubatan lama itu menerangkan _____ kaedah akupunktur.
A  di
B untuk
C pada
D tentang

4  Kapal terbang WX773 akan berlepas ____ Taiwan sebentar lagi.
A dengan
B ke
C pada
D di

5 Bunga-bunga yang cantik akan dihadiahkan ______ cikgu sempena sambutan Hari Guru.
A ke
B oleh
C kepada
D daripada

6 Polis trafik sanggup mengorbankan masa_____ mengawal lalu lintas pada musim perayaan ini.
A dari
B demi
C dengan
D daripada

7  Rumah Pak Samad dapat disiapkan dalam tempoh yang singkat _____ kerjasama penduduk kampung.
A  bagi
B  sejak
C  pada
D  dengan

8 Wang saku yang dibeli oleh ibu saya simpan _____ dalam kocek seluar.
A di
B oleh
C pada
D kepada

9 Guru besar dan guru-guru sedang berbincang _____ masalah disiplin para pelajar.
A bagi
B akan
C tentang
D dengan

10 Penduduk di kawasan perumahan kami menubuhkan rukun tetangga _____ mengatasi kes kecurian yang kian berleluasa.
A  oleh
B  untuk
C  dengan
D  terhadap

11  Kita hendaklah sayang _____ kedua-dua ibu bapa kita.
A  ke
B pada
C akan
D dengan

12 Kebanyakan pekerja di tapak pembinaan itu berasal _____ kawasan pedalaman Sarawak.
A dari
B daripada
C ke
D di

13 Setiap kakitangan melaksanakan tugas mereka ____ yang ditetapkan oleh ketua jabatan.
A kepada
B dengan
C seperti
D pada

14 Buku nota yang dibeli tadi ada ____ Leong Man.
A untuk
B dengan
C di
D pada

15 Tabung yang unik itu diperbuat _____ tempurung kelapa.
A dari
B oleh
C dengan
D daripada

16 _____ semasa ke semasa biodata murid-murid akan dikemaskinikan.
A ke
B Dari
C Pada
D Daripada

17 Sesetengah haiwan melindungi diri _____ musuh dengan bertukar warna mengikut persekitaran.
A dari
B oleh
C demi
D daripada

18 Mesyuarat agung Persatuan Bahasa Malaysia itu akan dijalankan ____ pukul 9.00 pagi hingga pukul 12.00 tengah hari.
A ke
B dari
C pada
D daripada

19 Kita boleh sampai ke Bulan ____ masa empat hari dengan menaiki roket.
A di
B demi
C dalam
D seperti

20 Seng Tan menghulurkan segugus kunci ____ Cikgu Gan.
A ke
B untuk
C pada
D kepada

Jawapan :

1D
2D
3D
4B
5C
6B
7D
8A
9C
10B
11C
12A
13C
14D
15D
16B
17D
18B
19C
20D