Koleksi Soalan-soalan objektif 7 – Kata Perintah

Latihan bertubi 7

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1  “  _____ pastikan nama kamu ditulikan pada kertas jawapan  “ kata pengawas peperiksaan kepada calon-calon.
A  Jemput
B  Jangan
C  Tolong
D  Usah

2  “ ___ para hadirin mengambil tempat masing-masing kerana tetamu kehormat akan tiba sebentar lagi, kata juruacara itu.
A  Jangan
B  tolong
C  Minta
D  Usah

3  ____ buangkan tulang ikan ke dalam tong sampah.
A  Harap
B  Jemput
C  Usah
D  Tolong

4  _____nikmati ketupat dan lemang yang disediakan oleh nenek.
A  Jemput
B  Tolong
C  Jangan
D  Minta

5  ______kamu membuang masa dengan melakukan kerja yang tidak berfaedah ini.
A  Sila
B  Tolong
C  Usah
D  Harap

6  “  _____kalian bersabar, persembahan akan bermula sebentar lagi,” kata pengacara majlis.
A  harap
B Usah
C  Jangan
D  Tolong

7 ______tuangkan saya segelas jus oren.
A  Harap
B  Jemput
C  Sila
D  Tolong

8  _____lah datang ke majlis rumah terbuka saya pada hari Ahad ini.
A  sila
B  Usah
C  Minta
D  Jangan

9  ______ bertenang, semua soalan tuan-tuan akan dijawab oleh pegawai itu.
A  Jangan
B  Minta
C  Jemput
D  Usah

10  ______ berebut-rebut semasa menaiki bas.
A Tolong
B  sila
C  Jemput
D Jangan

11  “___ lah makan kuih-muih yang dihidangkan,” ajak Puan Susie.
A usah
B  minta
C jemput
D tolong

12  “____ pasangkan wayar di belakang televisyen ini,' kata kakak kepada rakannya.
A  usah
B  tolong
C  harap
D  jangan

13  “ _____ main dengan alat-alat yang tajam itu,' tegah emak kepada adik.
A  Jangan
B  harap
C sila
D tolong

14  “ ___ catatkan nama murid-murid yang lewat datang ke sekolah, “ kata guru disiplin kepada beberapa orang pengawas.
A  minta
B  usah
C tolong
D  jemput

15  “  ______ perhatian murid-murid, bawalah alat melukis kamu pada hari esok,” kata Cikgu Seroja.
A  Minta
B  Jangan
C  Usah
D  Jemput

16  _____masuk ke dalam bilik Encik Lim,” kata setiausaha itu.
A  harap
B  sila
C  tolong
D  usah

17   ______ membuat perkara yang menyusahkan orang lain.
A  usah
B  harap
C  sila
D  tolong

18  “ ______ Kejadian sebegini tidak akan berulang lagi, “ kata bapa budak itu.
A  sila
B Minta
C harap
D Jemput

19  _____ jaga kebersihan taman sains.
A  tolong
B  usah
C   jemput
D  jangan

20  “ _____ ganggu kawan kamu yang sedang belajar di dalam kelas, “ nasihat Cikgu Teng kepada murid-muridnya.
A  tolong
B  Harap
C  Jangan
D  Minta

Jawapan :

1C
2C
3D
4A
5C
6A
7D
8A
9B
10D
11C
12B
13A
14A
15A
16B
17A
18C
19A
20C