Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Rosli menunggang basikal dengan berhati-hati ______ jalan itu sangat licin.
A tetapi
B bahawa
C supaya
D kerana
2 Kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal ______ sebuah lori.
A atau
B hingga
C dan
D kecuali
3 Encik Mahendran berbual-baul dengan rakan sekerja ______ menanti kedatangan ketuanya untuk bermesyuarat.
A sementara
B manakala
C jika
D kerana
4 Kakinya bengkak _____ disengat oleh seekor lebah.
A kerana
B agar
C tetapi
D kalau
5 Aiman menutup suis komputer ______ keluar dari makmal komputer.
A dan
B lalu
C sambil
D serta
6 Kenneth membaca majalah kesukaanya _______ mendengar radio.
A sambil
B manakala
C atau
D hingga
7 Saya tidak akan menyertai perkhemahan itu _____ ibu bapa tidak memberi kebenaran.
A jika
B tetapi
C walaupun
D meskipun
8 Chin Leong mendapat 92 markah dalam peperiksaan Matematik ______ dia masih tidak berpuas hati.
A tetapi
B kerana
C kalau
D malahan
9 Tangan kita perlu sentiasa dicuci _____ tidak dijangkiti kuman.
A jikalau
B ketika
C lalu
D agar
10 Banjir ______ gempa bumi merupakan bencana alam yang sering berlaku di sesetengah negara.
A seraya
B dan
C hingga
D kecuali
11 Seng Yuk membuat laporan polis ______ mendapat kad pengenalannya hilang.
A sebelum
B setelah
C sungguhpun
D kecuali
12 Setiap murid boleh memilih sama ada menyertai kelab Badminton _____ Kelab Olahraga sebagai aktiviti kokurikulum mereka.
A dan
B atau
C serta
D tatkala
13 Puan Laila bukan sahaja tekun bekerja ______ dia juga seorang suri rumah tangga yang baik.
A malahan
B dan
C bahawa
D kerana
14 Klinik itu beroperasi 18 jam setiap hari _____ hari Ahad.
A kecuali
B atau
C dan
D selepas
15 Vishu minum empat gelas air _____ terlalu dahaga.
A meskipun
B tetapi
C kerana
D supaya
16 Pekerja bengkel itu sedang membaiki kereta _____ pengurusnya sedang melayan pelanggan.
A bahawa
B manakala
C atau
D sambil
17 Mesyuarat tergempal itu berlanjutan ______ ke tengah malam.
A selepas
B sebelum
C lalu
D hingga
18 _______ Ji Han miskin, namun demikian dia tetap berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai cita-citanya.
A Sungguhpun
B sekiranya
C Selepas
D Ketika
19 John sekeluarga tidak dapat keluar dari tempat letak kereta itu _____ mereka belum menjelaskan ticket bayaran.
A selagi
B lalu
C selepas
D atau
20 Pokok itu tumbang _____ hujan turun dengan lebat.
A melainkan
B semasa
C seraya
D agar
Jawapan :
1D
2C
3A
4A
5B
6A
7A
8A
9D
10B
11B
12B
13A
14A
15C
16B
17D
18D
19A
20B