Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Tenaga kerja yang _____ dalam bidang perkilangan dan pembinaan sangat diperlukan pada masa kini.
A arif
B berani
C kuat
D mahir
2 Air mata Zelin menitis apabila terkenangkan peristiwa yang _____ itu.
A masin
B masam
C pahit
D manis
3 Bapa tidak bersetuju untuk membeli rumah itu kerana dindingnya sudah ______.
A selerak
B pisah
C retak
D cerai
4 Bilik darjah yang _____ itu tidak dapat menampung bilangan murid yang banyak.
A lebar
B ketat
C sempit
D luas
5 Kakak menggoreng keropok ikan itu sehingga _____.
A lemau
B rangup
C segar
D garing
6 “Pengalaman saya masih _____ jika dibandingkan dengan Encik Mohan,” kata pegawai muda itu.
A masak
B matang
C muda
D cetek
7 Jalan itu _______ selepas pukul 4:30 petang.
A lengang
B sibuk
C meriah
D sepi
8 Sup itu _____ kerana emak terlupa membubuh garam.
A payau
B tawar
C pedas
D kelat
9 Pendapat yang dikemukakan oleh Jin Er sungguh _______
A cerdas
B padu
C bernas
D giat
10 Chai Sing melukis satu garisan ____ di atas kertas lukisannya.
A lurus
B bengkok
C senget
D condong
11 Kipas siling itu masih berputar dengan ____ walaupun sudah digunakn beberapa tahun.
A segera
B selesa
C kemas
D ligat
12 Seluar yang dipakai oleh Azri _____ hingga mencecah lantai.
A ketat
B lanjut
C labuh
D longgar
13 John dan kawannya bermain layang-layang di padang ketika angin bertiup dengan _____
A cepat
B deras
C kencang
D pantas
14 Jerebu _____ yang melanda Kuala Lumpur boleh menjejaskan kesihatan.
A sedikit
B halus
C tebal
D nipis
15 Rambut bayi itu _____ sejak dilahirkan.
A lebat
B jarang
C banyak
D kusut
16 Tayar basikal Kok Siang tiba-tiba _____ kerana terkena benda yang tajam.
A kembang
B kendur
C pancit
D reput
17 Warna baju biru itu _____ setelah dicuci beberapa kali oleh ibu.
A luruh
B luput
C lusuh
D lenyap
18 Susanti tidak berani berjalan di lorong yang ____ itu.
A jernih
B keruh
C gelap
D berseri
19 Penerbangan ke Australia terkandas akibat cuaca _______.
A buruk
B cerah
C dingin
D nyaman
20 Murid-murid dikehendaki beratur dengan ______ sebelum masuk ke dalam kelas.
A teliti
B tertib
C lancar
D tenang
21 Ramalan kaji cuaca pada hari ini sangat ______.
A tepat
B dekat
C rapat
D lewat
Jawapan :
1D
2C
3C
4C
5B
6D
7A
8B
9C
10A
11D
12C
13C
14C
15A
16C
17C
18C
19A
20B
21A