Kertas
Model UPSR 2
Kertas
1
Masa
: Lima puluh minit
Kertas soalan ini mengandungi 40
soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan
jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Bagi
setiap soalan, pilih satu jawapan
sahaja.
Soalan 1- 20
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling
sesuai.
1
Payung yang dicari oleh kakak sebenarnya _____ di sebalik pintu utama
rumah kami.
A
berselindung
B
terselindung
C
lindungan
D
dilindungi
2
______ orang ramai berbeza-beza mengenai langkah pihak pengurusan untuk
menaikkan tarif elektrik.
A
Perasaan
B
Rungutan
C
Pendapatan
D
Pendapat
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.
3
Abang Amin sedang ______ roti canai semasa kami menegurnya.
A
menguli
B
menebar
C
membakar
D
membungkus
4 Serangan ____ daripada pihak musuh menyebabkan pasukan itu tewas.
A
bertubi-tubi
B
berderet-deret
C
berbilang-bilang
D
berpusing-pusing
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.
5 Puan
Mahani menggunakan ____ untuk mengajar pelajar-pelajarnya membuat ukuran semasa
latihan menjahit.
A
jejari
B
kekuda
C
sesiku
D
tetupai
6
Kemasukan ______ secara beramai-ramai ke negara kita adakalanya
menimbulkan masalah sosial.
A
ahli akademik
B
pekerja profesional
C
buruh asing
D
pelancong asing
7
Murid-murid sekolah _____ bendera dengan perasaan gembira keika
menyambut ketibaan baginda sultan.
A
mengibar-ngibar
B
mengibas-ngibas
C
menarik-narik
D
melambai-lambai
Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.
8
Siew Cahn sedang ____ sepucuk surat kepada sahabat karibnya.
A
menulis
B
mengepos
C
menyimpan
D
melukis
9 “ Raja Permaisuri menangguhkan hasrat ____ untuk mengindahkan taman ini kerana khuatir tidak dipersetujui oleh rakyat jelata seperti _____,” terang Murali kepada pekerjanya.
A
patik...kita
B
beta.. kamu
C
baginda … kita
D
baginda... saya
10 Orang kaya itu mewasiatkan beberapa ____
tanah sawahnya untuk orang-orang msikin di kampungnya.
A
relung
B
kaki
C
batas
D
urat
Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.
|
11
Anak bongsu Puan rose sudah pandai _____ ketika saya berkunjung ke
rumahnya baru-baru ini.
A
merangkak
B
meniarap
C
berjalan
D
berlari
12 Akibat musim kemarau yang berlarutan, tanah di kampung ini menjadi ____ dan semua tanaman mati.
A
kering kontang
B
punah ranah
C
kusut-masai
D
kemak-kemik
13
Barang-barng tembaya yang berada di sudut ruang tamu ini kelihatan ____
kerana tidak dijaga dengan baik.
A
pudar
B
luntur
C
kusam
D
pucat
Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.
|
14
Hajah Senah sedang _____ air dari perigi yang terdapat di belakang
rumahnya dengan berhati-hati.
A
menarik
B
mengangkat
C
menjinjing
D
menimba
15 Kamit ___ tuala pada kepalanya kerana tercedera akibat terhantuk pada dinding.
A
melilit
B
lilitan
C
dililit
D
lilit
16
Alinas yang baru pulang dari Eropah menggunakan kamus ____ tuntuk
memahirkan dirinya mempelajari Bahasa Malaysia.
A
dwitahunan
B
dwibahasa
C dwihuruf
D
dwibahasawan
Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah.
17
Cik Yuna sedang _____ minayk wangi di depan cermin.
A
emmbuka
B
mencium
C
menyembur
D
memilih
18 Penduduk kampung Sirih terkejut melihat ratusan ikan _____ di permukaan kolam ternakan mereka.
A
kelaur
B
tampil
C
terbit
D
timbul
19
______, kamus lulus dengan cemerlang dalam ujian tae kwan do kali ini!
A oh
B Nah
C
Syabas
D
Takziah
20
Aminah _____ kerana hanay melaksanakan tugas-tugasnya jika diarah.
A
seperti kera kena belacan
B
seperti aayam berak kapur
C
seperti rusa masuk kampung
D
seperti pahat dengan penukul
21
Orang yang bakhil tidak disukai oleh sesiapa pun.
Perkataan berlawan bagi bakhil ialah
A
tamak
B
kedekut
C
pemurah
D
penderma
22
Seluar singkat yang dipakai oleh radi itu bukan seluarnya.
Perkataan berlawan bagi singkat ialah
A
lebar
B
labuh
C
senteng
D
panjang
Soalan 23 -
24
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan
bergaris dengan betul.
23
i.
Ayah panas hati melihat
gelagat Mat Rempit sebentar tadi.
ii.
Cuaca panas dijangka
berlangsung selama sebulan.
iii.
Kopi panas sedap diminum
pada waktu petang.
iv.
Sekarang ini berita panas
ialah tentang kes buli.
A)
III sahaja
C)
I, III dan IV
D)
II, III, dan IV
24
i.
Kabus tebal menyelubungi
kawasan penginapan kami awal pagi.
ii.
Tebal buku ini ialah 83 muka surat.
iii.
Saya sudah tebal muka
untuk membuat rayuan lagi.
iv.
Kakak memilih kain tebal
untuk dijahit sebagai baju pengantinnya.
A)
I dan II
B)
II sahaja
C)
III dan IV
D)
I, II, III, dan IV
Soalan 25
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di
bawah.
25
Saya gagal dipilih kerana tidak menghadiri latihan.
A
Mengapakah kamu tidak menghadiri latihan?
B
Bagaimanakah kamu boleh gagal?
C
Apakah sebabnya kamu tidak dipilih?
D
Siapakah yang gagal dipilih kerana tidak menghadiri latihan?
Soalan 26 – 27
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang
diberikan.
26
Permainaan adik berselerakan di ruang tamu.
A
Permainan adik di ruang tamu berselerakan.
B
Berselerakan di ruang tamu permainan adik.
C Di
ruang tamu permainan adik berselerakan.
D Di
ruang tamu berselerakan permainan adik.
27 “
Mengapa awak tidak hadir ke latihan suka semalam?” tanya Cikgu Hazi kepada
Ravi.
A
Ravi dan Cikgu Hazi tidak hadir ke latihan sukan semalam.
B
Cikgu Hazi memarahi Ravi kerana tidak hadir latihan sukan.
C
Cikgu Hazi bertanya kepada Ravi mengapa dia tidak hadir ke latihan
sukan.
D
Cikgu Hazi meminta Ravi menghadiri latihan sukan semalam.
Soalan 28 – 29
Pilih ayat yang betul.
28
A
Adnan gemuk tetapi adiknya gemuk juga.
B
Sekarang waktu jam menunjukkan tepat pukul 10.00 pagi.
C
Buku saya memasahi kerana terkena air.
D
Sejak akhir-akhir ini, Imran rajin bersenam.
29
A
Rumah ini dibina dari papan sahaja.
B Si
Tompok akan mengiau bila hujan turun.
C
Jangan makan keropok yang sudah lemau ini.
D
Kami menuntun televisyen jika ada masa lapang.
30
i.
Cis, cantiknya baju kamu!
ii.
Nah, rajinnya awak belajar!
iii.
Aduh, kenyangnya perut saya!
iv.
Amboi, ketatnya seluar yang
kamu apakai!
A)
III sahaja
B)
II dan III
C)
C I, II, dan III
D)
III dan IV
Soalan 31 – 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya.
Liew Su Pin,
14, jalan Jujur 2,
Bandar Razak,
56000 Ceras,
Kuala
Lumpur.
Guru Kelas 6 Mulia,
SJK(C) Taman Connaught,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur. 16
MAC 2009
Cikgu,
Memohon Kebenaran Bercuti
Merujuk kepada perkara di atas, saya
ingin memaklumkan bahawa saya tidak dapat menghadiri kelas tambahan yang
diadakan pada 21 Mac 2009 ( Sabtu).
2.
Saya tidak dapat menghadiri kelas tambahan tersebut kerana saya akan
mengikuti Program Motivasi Pintar yang dianjurkan oleh Berita Perdana di
Kuala Lumpur pada tarikh dan hari yang sama dengan kelas tambahan diadakan
bermula pada pukul 8.00 pagi hingga pukul 5.00 petang.
3.
Saya amaat berharap agar cikgu dapat membenarkan saya bercuti. Saya berjanji akan menghadirkan diri di
kelas tambahan yang akan datang. Saya
juga berjanji akan menyiapkan kerja rumah yang diberikan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
LiewSP ____________
(LIEW SU PIN)
Murid Tahun 6 Mulia,
SJK(C) Taman Connaught.
|
31
Apakah tujuan utama surat ini ditulsi?
A
Memberitahu tujuannya ke Kuala Lumpur.
B
Memaklumkan tentang program motivasi
C
Menyatakan tentang tarikh kelas tambahan
D
Memohon Kebenaran untuk bercuti
32
Bilakah Program Motivasi Pintar anjuran Berita Perdana itu diadakan?
A 16
Mac 2009
B 21
Mac 2009
C
Tidak dinyatakan
D
Pukul 8.00 pagi
33
Pada pendapat kamu, mengapakah Su Pin hendak menghadiri program motivasi
itu?
A
Mengetahui soalan ramalan peperiksaan
B
Membuat persiapan sebelum peperiksaan
C
Mendapat maklumat daripada calon peperiksaan
D
Mengelakkan diri daripada menghadiri kelas tambahan
34
Berikut adalah pernyataan yang benar mengenai petikan, kecuali
A Su
Pin seorang mahasiswi
B
Program motivasi akan berlangsung selam 9 jam
C
Surat kiriman tersebut ditujukan kepada guru Kelas 6 Mulia
D
Kelas tambahan akan berlangsung pada hari Sabtu iaitu 21 Mac 2009
35
Lawan kata bagi perkataan berjanji ialah
A
pasti
B
berikrar
C
mungkir
D
bersumpah
Soalan 36 – 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya.
Aku sedang bercuti panjang sempena penhujung tahun. Semas cuti
beginilah aku dapat meluangka banyak masa bersama-sama keluargaku. Pada waktu begini jugalah aku membantu ibu
dan ayah untuk meringankan beban mereka.
Aku
mula bercucuk tanam di sekeliling rumahku.
Aku menanam cili, kacang panjang dan bayam. Ibu dan ayah amat bangga apabila
meliaht usahaku berjaya. Ada ketikanya
ayah turun menyiram sayur-sayuran tanamanku.
Aku
pun mula berkira-kira untuk menjual hasil tanamanku. Bagiku biarpun wang yang akan aku perolehi
sedikit, namun dapatlah meringankan beban ayah memandangkan harga getah murah
sekarng. Aku mendapati pendapatan ayah
semakin merosot. Adakalanya ayah
mengeluh.
Pagi-pagi
lagi aku telah berada di pasar. Aku menebalkan
mukaku untuk berniaga secara kecil-kecilan. Hasilnya aku berjaya. Aku dapat membantu ayah dan sekali gus
belajar berdikari.
Aku
mula bekad. Aku akan meneruskan
usahaku di bidang pertanian selepas belajar kelak. Aku bercita-cita mahu menjadi seorang
petani moden yang berjaya dan mempunyai kelulusan tinggi.
|
36 Apakah pekerjaan ayah 'aku'?
A
Petani
B
Nelayan
C
Penternak
D
Penoreh getah
37 Apakah yang dilakukan oleh 'aku' pada
masa cuti?
A
Bercucuk tanam
B
Menolong ibu di rumah
C
Membantu ayah menoreh getah
D
Mengulang kaji pelajaran
38 Rangkai kata menebalkan mukaku
dalam petikan bermaksud
A
menahan lapar
B
memerah keringat
C
membuang perasaan malu
D
menahan panas
39 Pada pendapat kamu, siapakah 'aku' dalam
petikan di atas?
A
Seorang guru
B
Seorang petani moden
C
Seorang pelajar yang sedang bercuti
D Seorang
penoreh getah
40 Lawan kata bagi perkataan bangga
dalam petikan ialah
A
malu
B
sedih
C
seronok
D
pendiam
Kertas
2
Masa:
Satu jam lima belas minit
Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian:
Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C.
Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. Bagi Bahagian B, kamu boleh memilih sama ada
menjawab Soalan 1, Soalan 2 atau Soalan 3.
Bahagian
A
(10
markah)
(Masa
dicadangkan: 15 minit)
Bahagian B
(30
markah)
(
Masa dicadangkan: 40 minit)
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 60 patah perkataan.
1
Tulis sepucuk surat kepada kawan kamu untuk menjemputnya datang ke rumah
kamu sempena cuti sekolah yang akan datang.
ATAU
2 Tulis sebuah karangan yang bertajuk, 'Kelebihan Menggunakan Pengangkutan
Awam'.
ATAU
3
Sediakan teks ucapan kamu sempena majlis hari jadi kamu yang diadakan
oleh pihak keluarga.
(20
markah)
(Masa
dicadangkan: 20 minit)
Tulis empat nilai murni yang dapat kamu
peroleh daripada petikan di bawah.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak
lebih daripada 40 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Di hujung Kampung Kepayang terdapat sebuah rumah usang yang diduduki
oleh seorang tua. Penduduk kampung itu
tidak mahu bergaul dengan Mak Cik Som kerana menganggapnya kurang siuman.
Ah
Boon dan Mahadi tidak percya dengan kata-kata penduduk kampung. Mereka tidak mahu menuduh seseorang tanpa
bukti. Oleh itu, mereka berusaha untuk
mendekati Mak Cik Som. Mereka berdua
berkunjung ke rumah Mak Cik Som.
Selepas
mengunjungi Mak Cik Som yang msikin itu, barulah mereka mengetahui sejarah
hidup Mak Cik Som. Mereka berpuas hati
dengan penerangan Mak Cik Som. Mulai
saat itu mereka kerap ke rumah Mak Cik Som untuk berkongsi masalah dan
mengurangkan beban yang ditanggung oleh Mak Cik Som.
|
Jawapan Kertas Model UPSR 2
Kertas 1
1) B
1) B
2)
D
3)
B
4)
A
5)
C
6)
C
7)
A
8)
A
9)
C
10)
A
11)
A
12)
A
13)
C
14)
D
15)
A
16)
B
17)
C
18)
D
19)
C
20)
D
21)
C
22)
B
23)
B
24)
D
25)
C
26)
C
27)
C
28)
D
29)
C
30)
D
31)
D
32)
B
33)
B
34)
A
35)
C
36)
D
37)
A
38)
C
39)
C
40)
A
Kertas 2
Bahagian A
1) Kambing-kambing peliharaan Pak Mail berada di dalam kandang.
1) Kambing-kambing peliharaan Pak Mail berada di dalam kandang.
2)
Kambing-kambing itu dihalau
keluar supaya dapat mencari makanan.
3)
Semua kambing peliharaan Pak
Mail gemuk-gemuk belaka kerana mendapat makanan secukupnya.
4)
Pak Mail mempunyai seorang
pembantu iaitu seekor anjing untuk menolongnya menjaga kambing-kambingnya di
padang rumput.
5)
Kambing Pak Mail diberi
suntikan setiap tahun untuk menjaga kesihatan mereka.
Bahagian B
Soalan 1
Pendahuluan:
alamat pengirim dan tarikh
Isi-isi penting:
bertanyakan khabar
menceritakan tentang kesihatan
keluarga – perkembangan terkini
menjemput kawan datang ke rumah
aktiviti yang boleh dilakukan
bersama
Penutup:
berharap kawan sudi datang ke
rumah
Soalan 2
Pendahuluan:
contoh pengangkutan awam – bas,
komuter, teksi, dan monorel
Isi-isi penting:
mengurangkan kesesakan jalan
raya kerana bilangan kenderaan sedikit
memberi peluang penumpang
berehat sebelum dan selepas bekerja
menjimatkan penggunaan petrol
dan wang untuk menyelenggarakan kenderaan
kurangkan pencemaran kerana
kenderaan turut berkurangan
Penutup:
orang ramai perlu ada kesedaran
untuk gunakan kenderaan awam
Soalan 3
Pendahuluan:
kata-kata aluan – ucapan
penghargaan
Isi-isi penting:
ucapan terima kasih -diraikan
oleh keluarga dan tetamu
perasaan pada ahri ini – umur
semakin bertambah
terima kasih kepada tetamu –
bawa hadiah yang cantik
harapan pada masa akan datang
Penutup:
ucapkan terima kasih lagi –
menjemput tetamu menjamu selera
Bahagian C
Nilai-nilai
murni yang saya peroleh daripada perikan di atas ialah jangan berprasangka
buruk terhadap seseorang sehingga kita mengetahui hal yang sebenarnya. Kita sepatutnya bergaul dengan emua orang
tanpa membezakan status kehidupan.
Selain daripada itu, kita hendaklah berusaha memahami keadaan seseorang
kerana perasaan setiap orang adalah berbeza.
Berikutnya, kita hendaklah mendengar penjelasan sesiapa juga sebelum
bertindak.