KERTAS MODEL 2 : UPSR BAHASA MELAYU - PEMAHAMAN

KERTAS MODEL 2
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
BAHASA MELAYU -PEMAHAMAN

50 minit                                                                                              Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

·         Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
·         Jawab semua soalan
·         Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D.  Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.


Soalan 1 – 20
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1  Danial dan Irfan berbasikal ke sekolah.  _____ hendak mengikuti aktiviti Persatuan Pengakap.
A  Kita
B  Kalian
C  Beliau
D  Mereka

2  “ Jika tiada halangan, esok ____ akan berangkat ke Mersing,” kata Damak kepada Arjuna Tapa.
A  tuan hamba
B  baginda
C  hamba
D  kami

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.



3  Pak Raju ____ susu getah menuju ke tempat pengumpulan susu getah untuk dijual.
A  menatang
B  mengandar
C  menjinjing
D  mengelek

4  Tapak perkhemahan kem motivasi itu sungguh _____ dari jalan besar.
A  jarang
B  nyaris
C  jauh
D  lama

5  Istana pasir itu _____ oleh kakak dan adik ketika berkelah di Pantai Teluk Chempedak.
A  dibina
B  direka
C  dibentuk
D  dirangka

6  Kamarul masih ____ untuk menerima tawaran kerja di bandar.
A  sangsi
B  gembira
C  sayang
D  segan

7  Gasing yang dilemparkan oleh Budin itu berputar dengan _____ di atas tanah.
A  lambat
B  gagah
C  deras
D  ligat

8  Gulai rebung yang dimasak oleh ibu itu kurang ____ kerana kekuangan santan.
A  tawar
B  payau
C  lemak
D  kelat

9  Felix ____ kawan-kawannya akan terus bermain futsal _______ hari tidak senja.
A  atau.... tatkala
B  dan …. selagi
C  atau …. apabila
D  dan … kecuali

10 ______ tiba musim durian, Farid akan membantu ayahnya menjual durian ____ gerai mereka.
A  Sewaktu...ke
B  Apabila .. di
C  Manakala .. kepada
D  Sementara .. pada

11 Perca-perca kain di kedai jahitnya itu dicantumkan _____ ibu _____ dijadikan lelangit rumah.
A  oleh.... untuk
B  dari..hingga
C  dengan … demi
D  daripada...bagi

12 Imran berbaring di _____ buaian di tepi pantai ____ membaca buku cerita.
A  atas..dengan
B  antara..serta
C  tengah..semasa
D  dalam..sambil

13 Abang Mahir sedang menyiapkan _____ pemandangan yang ditempah oleh pelanggannnya dengan tekun.
A  lorekan
B  lukisan
C  coretan
D  tulisan

14 Dayang basah kuyup kerana _____ sewaktu pulang dari kelas tambahan pada petang itu.
A  kemalaman
B  kesiangan
C  kesejukan
D  kehujanan

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.



15 Doktor Maria akan membentangkan suatu _____ pada seminar itu nanti.
A  kerja kursus
B  kertas kerja
C  reka bentuk
D  seni reka

16 Dalam ____, Puan Juliza telah memasarkan kek cawannya secara dalam talian.
A  diam-diam
B  alang-alang
C  baik-baik
D  bukan-bukan

17  Suraya sedang membantu ibunya memasukkan ____ ke dalam sarung bantal.
A  lelangit
B  sesiku
C  kekabu
D  jejari

18 Mak long menggunakan beberapa _____ surat khabar untuk membuat ____ bakul hiasan itu.
A  keping … tenunan
B  naskah … anyaman
C  buah … jalianan
D  helai … susunan

19  Dalit membawa buluh runcing itu semasa pergi berburu.
Berikan perkataan seerti bagi perkataan runcing.
A  condong
B  tumpul
C  lebar
D  tajam

20 Cikgu Salwani sangat fasih bertutur dalam bahasa Jepun.
Perkataan berlawan bagi fasih ialah
A  mahir
B  lambat
C  gagap
D  lembam

Soalan 21 – 22
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

21
·         Baju kebaya yang dipakai oleh kakak sangat padat.
·         LRT itu padat dengan penumpang pada waktu pagi.
·         Ucapan guru besar itu padat dengan nasihat yang berguna.
·         Kasut yang baru dibeli oleh ayah itu tidak padat dengan kaki adik.
·         I dan II
·         II dan III
·         III dan IV
·         I dan IV

22
·         Mereka meneruskan perjalanan setelah hari terang.
·         Lalang di kebun ayah telah terang ditebas oleh Abang Mat.
·         Ceramah yang disampaikan oleh Doktor Jamil sangat terang dan bernas.
·         Saksi itu memberikan terang di balai polis.
·         I, II dan III
·         I, II dan IV
·         I, III dan IV
·         II, III dan IV

23  Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
Siapakah yang bakal merasmikan Hari Kantin sekolah kamu?
A  Hari Kantin sekolah saya telah dirasmikan oleh pegawai pelajaran daerah.
B  Sambutan Hari Kantin sekolah saya berlangsung dengan meriah.
C  Banyak ibu bapa yang hadir memeriahkan Hari Kantin itu.
D  Pegawai pelajaran daerah akan merasmikan Hari Kantin sekolah saya.

24 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Murid-murid dapat mengukuhkan kefahaman mereka terhadap pelajaran dengan menyiapkan tugasan mereka.
A  Mengapakah murid-murid perlu mengukuhkan kefahaman mereka terhadap pelajaran?
B  Bagaimanakah murid-murid dapat mengukuhkan kefahaman mereka terhadap pelajaran?
C  Siapakah yang meminta murid-murid menyiapakan tugasan mereka di sekolah?
D  Bilakah waktu yang sesuai untuk muird-muird menyiapkan tugasan mereka?

Soalan 25-26
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
25 “Bolehkah kamu pulangkan buku rujukan saya yang kamu pinjam semalam?” kata Farah kepada Mazlin.
A  Farah mengharapkan Mazlin agar meminjamkan buku rujukan yang dipulangkan semalam.
B  Farah diminta oleh Mazlin agar memulangkan buku rujukannya yang dipinjam oleh Mazlin semalam itu.
C  Farah mengharapkan agar buku rujukan Mazlin itu dipulangkan kepadanya.
D  Farah meminta Mazlin supaya memulangkan buku rujukannya yang dipinjam oleh Mazlin semalam.

26 “Untuk menghasilkan jahitan manik yang cantik, kamu mestilah bijak menggunakan daya kreativiti,”ujar ibu kepada kakak.
A  Kakak meminta ibu menggunakan daya kreativiti untuk menghasilkan jahitan manik yang cantik.
B  Gunakanlah daya kreativiti kamu dengan bija, jika kamu hendak menghasilkan jahitan manik yang cantik, nasihat ibu.
C  Jahitan manik perlulah bijak menggunakan daya kreativiti jika kita hendak hasilnya cantik, kata ibu.
D  Ibu memberitahu kakak agar bijak menggunakan daya kreativiti untuk menghasilkan jahitan manik yang cantik.

Soalan 27 – 28
Pilih ayat yang betul.

27
A  Siber kafef itu baru dibuka tadi.
B  Wandah membalut dengan plastik kamus bergambar itu.
C  Almari perhiasian itu dipenuhi oleh barangan perak.
D  Ayah sangat menyayangi koleksi piring-piring hitam lama itu.

28
·         Harga kamus bestari itu berapa?
·         Mengapa kita akan tiba di puncak gunung?
·         Nama kucing kesayangan kamu itu apakah?
·         Diakah yang menerima bantuan daripada pihak sekolah?
·         I dan II
·         II dan III
·         III dan IV
·         I dan IV


Soalan 29 – 30
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

29 Tuk Penghulu Ali turut mendengar _____ anak buahnya sebelum membuat keputusan tentang projek ternakan itik itu.
A  buah pena
B  buah mulut
C  buah fikiran
D  buah tangan

30 Walaupun bengkel keretanya sedang menghadapi masalah kewangan yang serius,  Encik Wong kelihatan tenang _____.
A  seperti air dalam kolam
B  seperti api dalam sekam
C  seperti aur dengan tebing
D  seperti langit dengan bumi

Soalan 31 – 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

          Laporan Sambutan Hari Kebangsaan Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang
            Pada 30 Ogos 2013 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang, Melaka telah menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan peringkat sekolah.  Majlis pelancaran itu telah berlangsung di dewan sekolah dalam suasana yang gilang-gemilang.  Sambutan ini bertujuan memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan warga sekolah di smaping untuk mengasah bakat murid dalam bidang seni persembahan.
            Sambutan Hari Kebangsaan itu telah dirasmikan oleh pegawai pelajaran daerah.  Tetamu yang turut hadir ialah Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa dan mantan pengerusi PIBG, Tuan Hisham Ahmad.
            Atur cara pada pagi itu dimulakan dengan ucapan guru besar dan pengerusi PIBG.  Majlis diikuti oleh perutusan Hari Kebangsaan daripada Menteri Pelajaran yang dibacakan oelh pegawai pelajaran daerah.  Dalam ucapan tersebut, beliau berharap agar generasi muda hanay menikmati pembangunan tanpa mengambil kira perjuangan generasi dahlulu untuk mendapatkan kemerdekaan.
            Majlis diserikan lagi dengan persembahan pentas.  Antaranya ialah mendeklamasikan sajak, nyanyian algu patriotik dan pantomin.  Malahan, aktiviti lain seperti pertandingan meluksi poster, pakaian beragam, dan kuiz merdeka turut diadakan.
            Acara kemuncak sambutan ialah tetamu kehormat telah mengibarkan Jalur Gemilang raksasa di hadapan dewan.  Jalur Gemilang itu telah dihasilkan oleh warga sekolah secara bergotong-royong selama dua hari.
            Sambutan Hari Kebangsaan pada hari itu diakhiri dengan para tetamu menjamu selera di kantin sekolah.  Sesungguhnya, sambutan pada hari itu berlangsung dengan jayanya kerana komitmen warga sekolah yang padu.

Laporan disediakan oleh,                                                                          3 SEPTEMBER 2013
 Nurul Afrina Edora
(NURUL AFRINA EDORA BINTI MALIK)
Setiausaha,
Sambutan Bulan Kemerdekaan,
Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang.



31 Apakah objektif sambutan Hari Kebangsaan diadakan?
A  Menyemai semangat patriotisme dalam diri warga sekolah
B  Membuat buku skrap sejarah kemerdekaan
C  Menjahit bendera Malaysia raksasa untuk dikibarkan
D  Menjayakan persembahan pentas pada Hari Kebangsaan

32 Mengapakah generasi muda perlu menghayati erti kemerdekaan?
A  Untuk meneruskan kehidupan
B  Untuk memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan.
C  Supaya mereka dapat menikmati pembangunan negara
D  Supaya mereka mengetahui perjuangan patriot dahulu untuk memperoleh kemerdekaan

33 Bendera Malaysia raksasa dikibarkan di
A  pekarangan sekolah.
B  kantin sekolah
C  dalam dewan.
D  hadapan dewan.

34 Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan.
A  Sambutan Hari Kebangsaan itu anjuran Tuan Hisham Ahmad.
B  Persembahan yang diadakan ialah syarahan dan kuiz mereka.
C  Warga sekolah bekerjasama membuat bendera Malayisa raksasa.
D  Para tetamu bersama-sama menjamu selera di pekarangan dewan sekolah.

35 Perkataan padu dalam petikan bermaksud
A  kukuh.
B  pegun.
C  keras.
D  padat.

Soalan 36 – 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Perkara: Kampung Budaya Sarawak

    Menemui sahabatku Sofian yang berada di Putrajaya.  Apa khabar, saudara?
Semoga saudara sekeluarga sihat sejahtera hendaknya.  Terima kasih atas kiriman e-mel saudara tentang Putrajaya tempoh hari.  Banyak maklumat yang saya peroleh untuk menyiapkan tugasan karangan Bahasa Melayu saya.  Dalam e-mel ini, saya sertakan maklumat tentang Kampung Budaya Sarawak untuk dijadikan bahan dalam tugasan kumpulan kajian Tempatan seperti yang saudara kehendaki.

Saudara,

     Untuk pengetahuan saudara, Kampung Budaya Sarawak terletakj di Taman Negara Gunung Santubong.  Kampung Budaya Sarawak digelar “Muzium Hidup” kerana memaparkan imej sebenar rumah tradisional tujuh suku kaum utama di Sarawak.  Antaranya ialah Bidayu, Iban, Orang Ulu, Melanau, Melayu, Penan dan Cina.  Tujuan kampung budaya ini diwujudkan adalah untuk memelihara dadn mempamerkan warisan kebudayaan dan kesenian negeri Sarawak.

    Setiap rumah di kampung budaya ini mempunyai keunikan seni binanya yang tersendiri. Misalnya, rumah Bidayu kelihatan seakan-akan pondok besar berbentuk bulat.  Kaum Iban tinggal di rumah panjangan yang mempunyai serambi tempat penghuninya bertemu atau melakukan aktiviti harian.
     Rumah Melanau sangat menyerlah kerana dibina 40 kaki dari tanah dan mempunyai tangga yang tinggi.   Rumah panjang Orang Ulu juga tidak kurang menariknya.  Malahan, rumah ladang orang Cina juga mempunayi seni bina yang unik.
    Kita dapat menambahkan pengetahuan tentang suku kaum tersebut dengan mengikuti sesi randau, iaitu sesi soal jawab antara pengunjung dengan penghuni rumah.  Malahan, kita dapat melihat demonstrasi menenun kain pua,  jahitan manik, perhiasan badan, dan membuat makanan tradisional.  Pengunjung juga boleh mencuba aktiviti harian penduduk seperti menyumpit dan memburu.
    Selain itu, para pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan kebudayaan suku etnik di Sarawak di panggung kesenian.  Persembahan tarian ngajat yang mengagumkan pasti meninggalkan memori maniskepada pengunjung.  Setakat ini dahulu e-mel saya untuk kali ini.  Sekian, terima kasih.

Salam manis.
Ignatius Petrus,
Kuching, Sarawak

36 Pengirim e-mel ini ialah seorang
A  pakar sejarah.
B  murid sekolah.
C  pengkaji budaya.
D  pemandu pelancong.

37 Mengapakah Kampung Budaya Sarawak dibina?
A  Menyemai semangat cinta akan kebudayaan tradisi
B  Mengasah minat pengunjung terhadap kesenian tradisional
C  Memelihara dan mempertontonkan kesenian negeri Sarawak
D  Mempromosikan kebudayaan suku kaum etnik Sarawak

38 Bagaimanakah pelancong dapat menambahkan maklumat tentang kehidupan suku kaum di Sarawak?
A  Melayari laman sesawang kampung budaya
B  Melalui soal jawab dengan penghuni rumah
C  Merujuk risalah kampung budaya yang disediakan
D  Bermalam di kampung Budaya

39 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan e-mel tersebut.
A  Demonstrasi menenun kain pua turut diadakan di Kampung Budaya Sarawak.
B  Maklumat yang dikirimkan oleh Ignatius adalah untuk bahan tugasan kumpulan.
C  Rumah orang Bidayuh mempunyai tiang dan tangga yang tinggi.
D  Sahabat penerima e-mel tinggal di Putrajaya bersama-sama ahli keluarganya.

40 Frasa meningglkan memori manis membawa maksud
A  menyimpulkan peristiwa pahit.
B  menyebabkan detik gemilang.
C  mendatangkan daya tarikan.
D  memberikan kenangan indah.

Soalan 26 – 27
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

26 Suraya melayari portal pendidikan di Internet setiap hujung minggu untuk menelaah pelajaran.
A  Portal pendidikan di Internet dilayari oleh Suraya setiap hujung minggu untuk menelaah pelajaran.
B  Untuk menelaah pelajaran, Suraya layari di Internet portal pendidikan setiap hujung minggu.
C  Portal pendidikan Suraya layari di Internet setiap hujung minggu untuk menelaah pelajaran.
D  Di portal pendidikan Suraya melayari Internet setiap hujung minggu untuk menelaah pelajaran.

27 Nenek menyuruh ayah mengecat rumah mereka sebelum hari raya agar kelihatan cantik.
A  “Marilah kita cat rumah ini agar kelihatan cantik sebelum hari raya,” kata nenek kepada ayah.
B  “Tolonglah cat rumah kamu sebelum hari raya agar kelihatan cantik,” kata nenek kepada ayah.
C  “Kamu hendaklah mengecat rumah kami sebleum hari raya supaya kelihatan cantik,” kata nenek kepada ayah.
D  “Catlah rumah kita ini sebelum hari raya supaya kelihatan cantik,” kata nenek kepada ayah.

KERTAS SOALAN TAMAT

                                                                                                                                Kertas Model UPSR Set 1


Jawapan

Kertas Pemahaman
1.    D
2.    C
3.    B
4.    C
5.    A
6.    A
7.    D
8.    C
9.    B
10. B
11. A
12. D
13. B
14. D
15. B
16. A
17. C
18. B
19. D
20. C
21. B
22. A
23. D
24. B
25. D
26. D
27. C
28. D
29. C
30. A
31. A
32. D
33. D
34. C
35. A
36. B
37. C
38. B
39. C
40. D