Latihan Jenis Frasa Ayat - Subjek atau predikat

Latihan 1 : Frasa Ayat


Nyatakan frasa yang bercetak tebal dalam ayat-ayat di bawah dengan “subjek” atau “predikat”.

1  Peter kehilangan dokuman pentingnya di perhentian bas Kajang. ( )

2  Bangunan di Bandar Raya Kuala Lumpur tinggi-tinggi. ( )

3  Kucing itu mengiau dengan kuatnya. ( )

4  Noraini datang Pahang Darul Makmur. ( )

5  Pemuda itu tidak suka bersukan. ( )


Latihan 2 : Jenis-jenis Frasa


Tulis pola ayat-ayat dalam kurungan dengan FN + FN, FN +FSN, FN+ FA atau FN + FK.


FN Frasa Nama  
FK Frasa Kerja  
FA Frasa Adjektif  
FSN Frasa Sendi Nama



1  Kereta Proton Saga itu kereta Encik Samad. ( )

2  Mereka menginap di Hotel Mandarin. ( )

3  Ibu saya ke Sekolah Kebangsaan Sungai Lui. ( )

4  Baju kemeja itu sangat cantik. ( )