Kertas Model UPSR 1 - Bahasa Melayu (Kertas 1 dan Kertas 2)

Kertas Model UPSR 1

Kertas 1
Masa: Lima puluh minit

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.  Jawab semua soalan.  Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D.  Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

Soalan 1 – 21

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1  Affan jatuh ______ kerana terpijak kulit pisang yang dibuang oleh rakannya.
A  terlentang
B  tertiarap
C  terlungkup
D  terbabas

2  Acara yang sedang berlangsung sekarang ialah acara _____ peserta rumah-rumah sukan.
A  baris
B  barisan
C  perbarisan
D  pembaris

3  Haw Koo menjual beberapa ____ kayu api bagi menyara kehidupannya.
A  urat
B  buah
C  berkas
D  batang

4  Sebuah kereta terpaksa ______ oleh beberapa orang pemuda kerana rosak di pertengahan jalan.
A  menunda
B  ditunda
C  bertunda
D  menundai

5  “Banyakkan minum air _____ limau terutamanya semasa cuaca pana,” pesan datuk.
A  perah
B  diperah
C  perahan
D memerah

6  Lilian menangis ______ kerana wang sakunya telah dicuri oleh rakan sekelasnya sendiri.
A  tertahan-tahan
B  terbahak-bahak
C  terketar-ketar
D  teresak-esak

7  Ahli pengakap itu sedang mendirikan _______ di tepi sebatang sungai dengan cara bekerjasama.
A  khemah
B  bangunan
C  istana
D  piramid

8  Tuan Guru Besar Sekolah Rendah Meng Hwa sedang _____ kempen menderma darah.
A  membuka
B  beroperasi
C  melancarkan
D  melaksanakan

9  Sehingga ke hari ini masih belum ada _____ mengenai projek penternakan yang akan dilaksanakan di kampung tersebut.
A  budi bicara
B  kata putus
C  bual bicara
D  putus niat

10 Penduduk negara tersebut membuat bantahan dengan cara mengadakan _______ secara aman.
A  tunjuk langit
B  tunjuk cara
C  tunjuk perasaan
D  tunjuk ajar

11  Murid-murid Tahun Enam Kenanga ______ guru kelas mereka kerana  telah diumumkan sebagai Tokoh Guru tahun 2009.
A  menjulang
B  menjunjung
C  mengepit
D  menimang

12  Wajah kanak-kanak perempuan tersebut menjadi ______ apabila diejek.
A  licin-licau
B  kehitam-hitaman
C  kemerah-merahan
D  kebiru-biruan

13  Irdina sedang ______ gambar yang sudah lama disimpannya.
A  mengoyak
B  membelek
C  memusnah
D  menggunting

14  “ _____ daripada warga emas yang menetap di sini memang hidup sebatang kara,” terang warden Rumah Seri Emas.
A  Ratus
B  Sukuan
C  Separuh
D  Semua

15 Airan sedang memerhatikan ______ yang baru ditampal oelh guru kelasnya semalam.
A  jadual tugas
B  jadual bertugas
C  jadual tugasan
D  jadual menugaskan

16  Pak Cik Tien terpaksa menetak dahan pokok rambutan yang _____ ke arah bilik tidur anaknya.
A  rebah
B  condong
C  serong
D  tegal

17  Tas tangan emak koyak kerana ______ oleh seekor tikus pada malam semalam.
A  digeret
B  dibaham
C  digigit
D  dimamah

18  Timbalan Perdana Menteri akan mengadakan lawatan _____ ke negara Matahari Terbit minggu depan.
A  panjang
B  pendek
C  singkat
D  labuh

19  Amru yang nakal _____ kerana  semakin berani bertindak semasa bapanya sedang berkursus.
A  bagai si kudung mendapat cincin
B  bagai kaduk naik junjung
C  bagai hempedu melekat di hati
D  bagai tikus membaiki labu

20  Buah mangga yang sudah masak ______ tidak sesuai dimakan sebaliknya lebih sedap jika dibuat jem.
A  lemau
B  mengkal
C  ranum
D  mentah

21  “ ____ datang ke rumah saya jam 4.00 petang ini kerana ada jamuan,” pesan Laila.
A  Usah
B  Jemput
C  Jangan
D  Tolong

22  Gadis yang tepok itu sebenarnya seorang yang pintar.
Perkataan seerti bagi tepok ialah
A  lemah
B  gemuk
C  cacat
D  pucat

23  Siew Mei berasa muak dengan makan nasi goreng setiap pagi.
Perkataan seerti bagi muak ialah
A  loya
B  jemu
C  mual
D  geli

24  Bas yang melalui kawasan ini biasanya sarat dengan penumpang.
Perkataan berlawanan bagi sarat ialah
A  penuh
B  kosong
C  kurang
D  berat

25  Kanak-kanak berani membuat sesuatu tindakan untuk mendapatkan perhatian orang dewasa.
Perkataan berlawanan bagi berani ialah
A  takut
B  geram
C  cemas
D  mampu

Soalan 26 -27
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
26
Ramai yang terkandas di pertengahan jalan akibat tanah runtuh.
Kumar kandas lagi dalam ujian kali ini.
Ramli mengandas seberkas kayu.
Murid-murid Tahun 6 yang kandas dalam pertandingan ini dibenarkan mencuba lagi.
I sahaja
II dan III
I, II dan IV
II, III dan IV

27
Amirul gemar minum milo ais.
Badannya semakin gemar setelah berhenti kerja.
Gemarnya ialah menonton wayang.
Datuk gemar berkain pelekat pada waktu malam.
I dan IV
I, III dan IV
I, II, dan IV
D  I, II, III, dan IV

Soalan 28-29
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

28  Pemandangan di Pulau Kapas sungguh menarik pada waktu senja.
A  Pada waktu senja, pemandangan di Pulau Kapas sungguh indah.
B  Sungguh nyaman pemandangan di Pulau Kapas pada waktu senja.
C  Pulau Kapas selesa sungguh pada waktu senja.
D  Pulau Kapas menarik pada waktu senja sahaja.

29  “Amir, tolong ambilkan ibu segelas air suam,” kata ibu.
A  Ibu menyuruh Amir mengambil segelas air suam untuknya.
B  Ibu meminta Amir menyediakan segeals air suam untuknya.
C  Amir mengarah ibunya membawa segelas air suam untuknya.
D  Ibu melarang Amir mengambil segelas air suam untuknya.

Soalan 30
Pilih ayat yang betul.

30
Amboi, panjangnya kuku kamu!
Dia memang sedikit peramah orangnya.
Air minuman dalam gelas ini semakin cetek.
Ibu sedang menggoreng pisang.
I dan II
I dan IV
IV sahaja
I dan III


Soalan 31-35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

“Ini rambutnya mak cik,” kata Wan Tipah.  Begitu rutin harian Wan Tipah yang terpaksa berniaga di hadapan rumahnya selepas pulang dari sekolah setiap hari.
Semenjak kematian bapanya kira-kira tujuh bulan yang lalu, kehidupan keluarga Wan Tipah semakin terhimpit.  Ibunya yang menghidap penyakit asma tidak dapat membuat kerja-kerja berat bagi  menanggung perbelanjaan keluarga mereka.  Terpaksalah Wan Tipah berniaga untuk meringankan beban ibunya.
Wan Lamin, abang sulung Wan Tipah hilang entah ke mana.  Semenjak setahun yang lalu, Wan Lamin berangkat dari Kedah untuk emncari pekerjaan di Kuala Lumpur.  Namun sehingga saat kematian ayahnya, Wan Lamin gagal dihubungi.
“Ada sesiapa di dalam?” kedengaran suara seseorang dari luar rumahnya.  Wan Tipah bergegas ke muka pintu.  Rupa-rupanya Wan Lamin yang dirindui tiba-tiba pulang ke kampung halaman.

31  Siapakah Wan Lamin?
A  Pelanggan Wan Tipah
B  Adik bongsu Wan Tipah
C  Abang sulung Wan Tipah
D  Ayah kandung Wan Tipah

32  Bagaimanakah Wan Tipah menolong meringankan beban keluarganya?
A  Belajar dengan tekun
B  Berniaga selepas pulang dari sekolah
C  Menjaga ibunya yang menghidap penyakit asma
D  Mencari pekerjaan di Kuala Lumpur

33  Apakah saat yang menggembirakan keluarga Wan Tipah?
A  Kedatangan pelanggan ke gerainya.
B  Ibunya sembuh daripada penyakit
C  Wan Tipah berjaya dalam pelajarannya
D  Kepulangan Wan Lamin ke kampung halaman

34  Perkataan menanggung dalam petikan bermaksud
A  menolong
B  membantu
C  membiayai
D  melunaskan

35  Di manakatempat tinggal keluarga Wan Tipah?
A  Kuala Lumpur
B  Tidak dinyatakan
C  Di pinggir bandar
D  Utara Semenanjung Malaysia

Soalan 36 – 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnay.

Aku terdiam seketika.  Apa yang diungkapkan oleh Cikgu Natrah sebentar tadi terngiang-ngiang di telingaku.  Aku mesti belajar bersungguh-sungguh jika aku ingin berjaya.  Lagipun UPSR semakin hampir.
Aku membuat jadual belajar yang baharu di rumah.  Oleh sebab aku lemah dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris, maka aku bertekad untuk memberi tumpuan yang lebih dalam kedua-dua mata pelajaran ini.  Sejak akhir-akhir ini, prestasiku agak merosot.  Aku mula mengurangkan aktiviti lain sambil melebihkan masaku untuk mengulang kaji pelajaran.  Nasihat Cikgu Natrah sentiasa kuingat.
Selama tiga bulan nasihat Cikgu Natrah aku patuhi.  Hasilnya dapat kulihat dengan ketara.  Aku dapat merasakan perubahan pada diriku.  Aku lebih mudah faham segala pengajaran guru ketika di dalam kelas. Kini, aku tidak lagi mengantuk.  Setiap kali ujian bulanan, aku lebih tenang dalam menjawab setiap soalan yang diutarakan.
Aku berazam untuk memastikan perubahan positif ini kekal dan berterusan.  Aku mesti mendapat 5A dalam UPSR.  Sesungguhnya kejayaan adalah perjuangan.  Sememangnya segala yang aku impikan bukan sekadar angan-angan.
Akhirnya, hari yang aku tunggu-tunggu telah tiba.  Dengan penuh yakin dan bersemangat, aku menjawab setiap soalan tanpa rasa gementar.  Sememangnya, setiap usaha yang gigih akan membuahkan hasil yang baik.  Titisan air mata mengiringi kejayaanku ketika keputusan UPSR diumumkan.  Betapa gembiranya aku saat diumumkan menjadi murid terbaik UPSR.  Terima kasih, Cikgu Natrah.....

36  Siapakah yang menjadi pendorong utama penulis?
A  Ibu bapa
B  Rakan-rakan
C  Cikgu Natrah
D  Guru Besar

37  Apakah tindakan penulis untuk berjaya dalam UPSR
A  Menghadiri kelas tambahan
B  Membuat latihan tubi
C  Membuat jadual belajar baharu
D  Menumpukan perhatian

38  Yang manakah bukan perwatakan penulis?
A  Berputus asa
B  Rajin
C  Penyabar
D  Mendengar nasihat

39  Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.
A  Penulis berusah bersungguh-sungguh untuk mendapat kejayaan
B  Penulis membahagikan masanya dengan jadual belajar
C  Penulis gembira dan terharu kerana dia telah berjaya
D  Penulis berjaya kerana sering menghadiri ceramah motivasi Cikgu Natrah

40  Perkataan angan-angan dalam petikan bermaksud
A  realiti
B  khayalan
C  fakta
D  impian



Kertas 2
Masa: Satu jam lima belas minit

Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C.Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian.  Bagi Bahagian B, kamu boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2 atau Soalan 3.

Bahagian A
(10 markah)
(Masa dicadangkan : 15 minit)

Gambar di bawah menunjukkan Pesta Bunga.  Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.




Bahagian B
( 30 markah)
(masa dicadangkan: 40 minit)

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 60 patah perkataan.

1  Kamu merupakan peserta syarahan.  Sediakan hujah-hujah kamu sebagai pihak pencadang bagi tajuk 'Kebaikan Tinggal di Sekolah Berasrama'.

ATAU

2  Tuliskan karangan yang bertajuk, ' Cara-cara Belajar yang Berkesan'.

ATAU

3  Lengkapkan karangan berikut.  Mulakan karangan kamu dengan ayat di bawah.  Aku merupakan pelajar yang cemerlang.  Namun aku mungkin tidak dapat menyambung pelajaran kerana...



Bahagian C
(20 markah)
(Masa dicadangkan:20 minit)

Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Johan gemar mengumpul barang-barang lama.  Dia berusaha mendapatkan barang-barang yang tidak digunakan daripada keluarga dan jiran-jiran.  Antara barang-barang terpakai yang banyak dikumpulnya ialah tali pinggang, pinggan mangkuk, dan baju-baju lama.
Johan tidak suka meliaht barang-barang yang masih boleh digunakan lagi dibuang di merata-rata tempat.  Dia yang masih remaja berhasrat untuk menjaga dan membersihkan barang-barang terpakai itu untuk dijual suatu hari nanti.  Johan mahu menghulurkan hasil wang tersebut kepada orang-orang yang susah.
Semakin hari, impian Johan semakin tercapai.  Hobinya yang dahulu ditentang oleh ibu dan bapanya kini sudah boleh diterima oleh kedua-duanya orang tuanya.


Jawapan Kertas Model UPSR 1

Kertas 1

A
C
C
B
C
D
A
C
B
C
A
C
B
C
C
B
C
C
B
C
B
C
B
B
A
C
A
A
A
B
C
B
D
C
D
C
C
A
D
B

Kertas 2
Bahagian A
Penari-penari lelaki sedang mendukung bakul-bakul sambil menari dengan penari-penari perempuan di sepanjang jalan raya.
Jurukamera sedang merakam pertunjukan tarian semasa pesta bunga untuk disiarkan waktu TV.
Seorang lelaki berpakaian tentera sedang menjaga keamanan sepanjang pesta bunga.
Orang ramai turut serta mengambil gambar pada hari yang bersejarah itu.
Ramai penonton bersorak ria melihat pertunjukan tarian.

Bahagian B
Soalan 1
Pendahuluan:
ucapan alu-aluan
Isi-isi penting:
memberi penegasan tajuk syarahan
berdisiplin dan mematuhi jadual harian
berdikari – menguruskan diri sendiri
mengeratkan hubungan
Penutup:
banyak kebaikan tinggal di asrama

Soalan 2
Pendahuluan:
setiap orang ada cara belajar tersendiri
Isi-isi penting:
belajar dalam keadaan tenang – berehat dengan cukup – tempat belajar yang selesa
waktu belajar yang sesuai
mengikut jadual waktu
menumpukan lebih masa dalam pelajaran yang sukar dan lemah
PenutuP:
tidak sama dengan cara orang lain – tujuan ialah untuk berjaya


Soalan 3
Pendahuluan:
keluarga yang susah
Isi-isi penting:
ayah seorang petani – ibu suri rumah tangga
hidup semakin susah – perbelanjaan semakin meningkat – harga barang semakin naik
memikirkan cara untuk meringankan masalah keluarga
bekerja sambilan – mengait kelapa – membersihkan kebun pada waktu petang
usaha berhasil – dapat membantu keluarga
Penutup:
tetap akan meneruskan pelajaran – ingin berjaya pada masa akan datang


Bahagian C
Nilai-niali murni yang terdapat di dalam petikan ialah kita perlu mempunyai hobi yang berfaedah.  Kita sepatutnya mempunyai hobi yang boelh menguntungkan diri kita dan keluarga.  Seterusnya hobi itu mestilah tidak memerlukan kita berbelanja lebih ataupun mengeluarkan wang saku dengan banyak.  Di samping itu, kita mesti rajin menjaga kebersihan diri, harta benda, dan keadaan di sekeliling kita.  Akhirnya kita mesti berfikir dahulu sebelum memprotes sesuatu perkara ataupun mengambil sebarang tindakan.