Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Walaupun sudah 10 tahun berlalu namun Yasmin masih _______ akan saat indah semasa dia menuntut di universiti.
A terkenang-kenang C terngiang-ngiang
B terdengar-dengar D terigau-igau
2 “Tidak elok jika anak gadis ketawa _______,” tegar Nenek Halimah kepada cucu perempuannya.
A mengongoi-ngongoi C meracau-racu
B mendayu-dayu D mengilai-ilai
3 Puan Lim menerima _______ bunga semasa hari pembukaan kedainya.
A berjambak-jambak C berjuntai-juntai
B berkeping-keping D berketul-ketul
4 Jurulatih program Latihan Khidmat Negara itu memarahi para peserta yang berjalan _____ menuju ke padang kawad.
A terjengket-jengket C tergagap-gagap
B terhegeh-hegeh D terhincut-hincut
5 Kamala ______ helaian kamus untuk mencari makna perkataan yang tidak difahami.
A menyentap-nyentap C menyebut-nyebut
B mengoyak-ngoyak D menyelak-nyelak
6 Cerita seram yang saya tonton sebelum tidur, ______ dalam mimpi.
A terdengar-dengar C terbawa-bawa
B terkenang-kenang D teringat-ingat
7 Selepas pulang dari kerja, Encik Adli terus _______ anaknya yang berusia setahun itu.
A memegang-megang C mendodoi-dodoi
B menimang-nimang D menepuk-nepuk
8 Amalan _______ pada hari-hari perayaan dapat mengeratkan hubungan dan mewujudkan kemesraan.
A belakang-membelakangi
B kunjung-mengunjungi
C dendam-mendendam
D bunyi-bunyian
9 Kain yang belum sempat dibasuh oleh kakak _______ di dalam bakul.
A bertimbun-timbun C bersepah-sepah
B beransur-ansur D berbeza-beza
10 Hati Janet ______ sebelum naik ke pentas untuk menyampaikan syarahan.
A berdekah-dekah C berdecit-decit
B berdebar-debar D berliku-liku
11 Adik _______ apabila kakinya digeletak oleh ibu.
A terapung-apung C terayun-ayun
B terkekek-kekek D tercari-cari
12 Cikgu Erni _______ hasil kerja Richard yang kemas dan bermutu.
A mencurah-curah C menoleh-noleh
B mencari-cari D memuji-muji
13 Kakak ______ daging kambing itu sebelum memasaknya.
A mencencang-cencang C memukul-mukul
B mengoyak-ngoyak D menyiat-nyiat
14 Si Tompok akan ________ badannya pada kaki saya apabila lapar.
A menggesel-geselkan C mengayun-ayunkan
B membesar-besarkan D membolak-balikkan
15 Pemuda yang dituduh mencuri itu menjawab semua pertanyaan polis dengan _______.
A tergopoh-gapah C terkumat-kumat
B tergagap-gagap D terliuk-liuk
16 Puan Rozi meletakkan ________ air di atas dulang untuk para tetamunya.
A berpinggan-pinggan C berbintik-bintik
B berdozen-dozen D bergelas-gelas
17 Adik ______ apabila kemahuannya untuk memiliki anak patung itu tidak dipenuhi oleh ayahnya.
A meraung-raung C merayap-rayap
B meracau-racau D emngilai-ngilai
18 Pasangan pengantin yang sama cantik dan sama padan itu berjalan _______ semasa menuju ke pelamin.
A bersimpang-siur C berselang-seli
B beriring-iringan D bertatih-tatih
19 Gaya penampilan artis terkenal itu sering menjadi ________ para peminatnya.
A sindir-sindiran C ubat-ubatan
B ingat-ingatan D ikut-ikutan
20 Majlis perkahwinan anak perempuan sulung Datuk Azim dan Datin Sally diadakan secara _______.
A besar-besaran C idam-idaman
B adap-adapan D anak-anakan
21 Para peserta program motivasi yang datang dari pelbagai sekolah _______ sebelum sesi ceramah dimulakan.
A bersebelah-sebelahan C berkenal-kenalan
B berhabis-habisan D beriring-iringan
22 Chef Farida ______ tepung untuk dibuat roti pandan.
A melenyek-lenyek C mencubit-cubit
B menekan-nekan D menguli-uli
23 Diana ______ apabila mengemas almari yang berhabuk itu.
A tersengguk-sengguk C terduduk-duduk
B terbatuk-batuk D tersedu-sedu
24 Selepas _______ telefon bimbit di kedai itu, Rajan terus berminat untuk membelinya.
A menghitung-hitung C membelek-belek
B menggodek-godek D mengusik-usik
25 Adila ______ kaki nenknya yang lenguh-lenguh itu.
A menekan-nekan C menarik-narik
B memukul-mukul D memicit-micit
26 Alya ______ beg tangan yang sesuai untuk dihadiahkan kepada ibunya.
A menyelak-nyelak C memilih-milih
B menanti-nanti D memuji-muji
27 “Saya tidak______ untuk menghukum kamu jika kamu ulangi kesilapan ini lagi,” kata Cikgu Saif kepada muridnya.
A terbayang-bayang C tergagap-gagap
B terdengar-dengar D teragak-agak
28 Guru besar menyampaikan kata ______ sebelum merasmikan majlis itu.
A berbalas-balas C caci-cacian
B adap-adapan D alu-aluan
29 Encik Lee gembira kerana syarikat penerbitannya memperoleh keuntungan ______ pada tahun ini.
A bertimbun-timbun C berganda-ganda
B bertingkat-tingkat D bersusun-susun
30 Jason _______ menjaga ayahnya yang sakit di hospital dengan abangnya.
A berdenyut-denyut C beralun-alun
B berpada-pada D bergilir-gilir
31 Rajan hanya ______ kepala tanda faham apabila diberi arahan oleh majikannya.
A memandang-mandang C menggeleng-geleng
B mengangguk-angguk D melenting-lenting
32 Para penyokong sanggup _______ membeli tiket untuk menyaksikan perlawanan bola sepak.
A berangan-angan C berasak-asak
B berbagai-bagai D bertubi-tubi
33 Ibu ______ pulut yang berisi serunding itu sebelum dipanggang.
A mencencang-cencang C meracik-racik
B mengepal-ngepal D menguli-nguli
34 tina menghalau dua ekor kucing yang ______ di ruang tamu rumahnya.
A bercakar-cakaran C bermati-matian
B berdekat-dekatan D bercaci-cacian
35 Addin marah kerana Badrul _____ keturunannya.
A menyumbang-nyumbangkan
B menanguh-nangguhkan
C memperkotak-katikkan
D menakut-nakutkan
36 Mata Sofea ______ apabila cahaya lampu kereta itu menghala ke arahnya.
A termangu-mangu C terkedip-kedip
B terkedek-kedek D tertidur-tidur
37 Ayah mengecat semula dinding yang _____ dengan pensel itu.
A berconteng-conteng C berbalam-balam
B berbelang-belang D bergaris-garis
38 Saya gembira melihat Nancy dan Anita ______ semula setelah dua bulan tidak bertegur sapa.
A berbalah-balah C berbalik-balik
B berbalas-balas D berbaik-baik
39 Adik masih ______ menaip e-mel kerana dia lebih biasa menulis surat.
A terumbang-ambing C teraba-raba
B terkontang-kanting D terkial-kial
40 Yuran pendaftaran untuk melanjutkan pelajaran di universiti dalam negara ______ RM 1000.00.
A sekurang-kurangnya C seboleh-bolehnya
B semahu-mahunya D selewat-lewatnya
Jawapan
1A
2D
3A
4B
5D
6C
7B
8B
9A
10B
11B
12D
13A
14A
15B
16D
17A
18B
19D
20A
21C
22D
23B
24C
25D
26C
27D
28D
29C
30D
31B
32C
33B
34A
35C
36C
37A
38D
39D
40A