Kertas 2 : Latihan Objektif Kata Ganda Berimbuhan

Latihan Objektif ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran murid-murid dalam soalan kata ganda berimbuhan.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1  Pengantin perempuan itu memakai pakaian yang ______ pada bahagian bawah kainnya.
A  berbelang-belang C  beropol-ropol
B  berbunga-bunga D  berlipat-lipat

2  Rancangan drama yang disiarkan di televisyen itu sungguh membosankan kerana jalan ceritanya.
A  melimpah-limpah C  menjerit-jerit
B  meloncat-loncat D  meleret-leret

3  Walaupun sudah _______ ditegur, Aiman masih melakukan kesilapan yang sama.
A  berkobar-kobar C  berpeluh-peluh
B  beringat-ingat D  berkali-kali

4  Lembu itu ____ apabila hendak ditambat oleh ayah di batang pokok.
A  menyembur-nyembur C  meronta-ronta
B  meraung-raung D  menjerit-jerit

5  Jason ____ untuk mengambil kunci rumah yang terletak di atas rak yang tinggi itu.
A  terumbang-ambing C  terkekeh-kekeh
B  terjengket-jengket D  terkinja-kinja

6  Wajah Puan Aiman semakin _______ setelah mendapat seorang cahaya mata perempuan.
A  bertompok-tompok C  berkedut-kedut
B  berbalam-balam D  berseri-seri

7  Pak Kasim menjual _____ pisang nipah kepada pengusaha kerepek yang berasal dari Johor itu.
A  bertandan-tandan C  berlapis-lapis
B  berbatang-batang D  berbilah-bilah

8  Aslam tidak ____ biasiswa yang diberi oleh kerajaan semasa menuntut di luar negara.
A  menyumbang-nyumbangkan
B  menangguh-nangguhkan
C  menakut-nakutkan
D  mensia-siakan

9  Bahagian yang _____ pada peta itu menujukkkan kawasan tadahan hujan.
A  berconteng-conteng C  berlapis-lapis
B  berlorek-lorek D  berbukit-bukit

10  Kita haruss menghargai jasa para pejuang kemerdekaan yang _______ menentang penjajah.
A  berlanggar-langgar C  bermati-matian
B  berkejar-kejaran D  berlari-larian
11  Adila _______ siapakah pemilik kereta mewah yang ada di tempat letak kenderaan itu.
A  terangguk-angguk C  terbatuk-batuk
B  tertanya-tanya D  tertidur-tidur

12  Puan Ratna tidak pernah ______ anak-anaknya sama ada mereka berjawatan tinggi atau tidak.
A  menggerak-gerakkan C  mencerai-ceraikan
B  membeza-bezakan D  mengharu-birukan

13  Murid-murid itu ______ semasa menari tarian tradisional di dewan sekolah.
A  berpanjang-panjangan C  berpasuk-pasukan
B  berpasang-pasangan D   berpecah-pecah

14  “Buat baik biarlah ______ supaya tidak memakan diri sendiri,” nasihat ayah kepada saya.
A  berlonggok-longgok C  berpada-pada
B  berlumba-lumba D  berlalai-lalai

15  Irdina marah kerana Jason ______ memberi nombor telefonnya kepada orang yang tidak dikenali.
A  memandai-mandai C  melaung-laung
B  melambai-lambai D  meleret-leret

16  Pandangan saya _______ apabila keluar dari gua yang gelap itu.
A  berpusing-pusing C  berpetak-petak
B  berpinar-pinar D  berolak-olak

17  Abang cuba emngambil bola adik yang _____ di permukaan air itu.
A  tersengguk-sengguk C  terapung-apung
B  terumbang-ambing D  tergolek-golek

18  Suara penyanyi itu ______ ketika menyanyikan sebuah lagu ghazal.
A   mendayu-dayu C  menjerit-jerit
B  membelai-belai D  mengilai-ilai

19  Datuk ______ setelah mengangkat sebakul durian dari dusunnya.
A  termengah-mengah C   terlayang-layang
B  terumbang-ambing D   terpinga-pinga

20  Tembikar antik itu ______ kerana selalu digilap oleh ibu.
A berganda-ganda C  berkelip-kelip
B  berkaca-kaca D  berkilat-kilat

21  Pujian yang ______ kadangkala boleh membuatkan seseorang mudah lupa diri.
A  melampau-lampau C  berdekah-dekah
B  berdozen-dozen D  menderu-deru

22  Mila menyampaikan berita sedih itu dengan suara yang _____.
A  tersengguk-sengguk C  teresak-esak
B  tersekat-sekat D  terjerit-jerit

23  Isan sering _____ pertolongan yang pernah dihulurkan kepada rakannya itu.
A  mengangguk-angguk C  mengungkit-ungkit
B  menggeleng-geleng D  menggapai-gapai

24  Jason bermain papan luncur sambil _____ di taman rekreasi itu.
A  berhenti-henti C  bersiul-siul
B  berjalan-jalan D  berlari-lari

25  Puncak gunung itu keliahtan _____ kerana diselaputi kabus.
A  bertingkat-tingkat C  berwarna-warni
B  berbalam-balam D  berlapis-lapis

Jawapan
1C
2D
3D
4C
5B
6D
7A
8D
9B
10C
11B
12B
13B
14C
15A
16B
17C
18A
19A
20D
21A
22B
23C
24C
25B