Latihan : Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar yang diberikan - Topik : Suasana Gotong-royong



Gambar di bawah menunjukkan suasana gotong-royong menjelang hari perayaan.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar yang diberikan di bawah.





Jawapan:

1.    Aktiviti gotong royong sedang dijalankan di sekeliling sebuah kolej.
2.    Dua orang pelajar sedang bertungkus lumus membuang sampah sarap ke dalam beg plastik besar.
3.    Pelajar perempuan pula sedang membantu membersihkan lantai di luar bilik belajar.
4.    Sekumpulan pelajar lelaki sedang mengumpul semua sampah sarap di suatu tempat.
5.    Dua orang pelajar lelaki sedang mengangkat sampah sarap.