Kertas Model UPSR 3 : Kertas 1 dan Kertas 2 - Bahasa Melayu

Kertas Model UPSR 3
Kertas 1

Masa: Lima puluh minit


Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.  Jawab semua soalan.  Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D.  Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

Soalan 1- 20
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.



1  Mak Cik Fatimah _____ secerek air untuk menyediakan kopi panas kesukaan keluarganya.
A  menumis
B  menjerang
C  menggoreng
D  mendidih

2  Pak Cik Ben memegang se____ padi sewaktu melihat sebuah helikopter berligat-ligat di udara.
A  tandan
B  gemal
C  biji
D  urat

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.



3  Buah rambutan yang ______ oleh Rahimi hampir penuh sebakul.
A  dikait
B  dipetik
C  dicantas
D  dipotong

4  Masyarakat _____ di Sabah dan Sarawak masih ada yang menggunakan generator untuk menerangi rumah mereka pada waktu malam.
A  pendalaman
B  pedalaman
C  dalaman
D  mendalam

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.



5  Abang _____ lengan bajunya yang panjang sebelum membasuh luka pada sikunya.
A  melipat
B  menyinsing
C  mengikat
D  meluruskan

6  Gadis yang berwajah cantik itu mempunyai sepasang mata ______ yang menawan.
A  sepet
B  bundar
C  kuyu
D  juling

7  “Sekolah kami baru sahaja menubuhkan sebuah pasukan ____, “ terang Puang Zeglar.
A  pancawarna
B  pancaindera
C  pancaragam
D  pancasuara

Soalan 8  berdasarkan gambar di bawah.



8  Kerja-kerja seperti _____ lidi masih mampu dibuat oleh Nenek Mah.
A  meraut
B  mengikis
C  mencantas
D  mengerat

9  Emak ke pasar tani yang diadakan berhampiran kawasan perumahan kos sederhana itu untuk membeli _____ rebung.
A  sejurai
B  seurat
C  sebatang
D  sekaki

10 “ _____ , tidak kusangka kau seorang pendendam!” kata Hang Tuah.
A  Cis
B  Hai
C  Syabas
D  Aduhai

11  Haiwan liar yang telah ditangkap oleh pihak PERHILITAN itu masih berasda dalam _____ sehingga ke hari ini.
A  dikurung
B  mengurung
C  kurung
D  kurungan

12  _____ ynag dilemparkan oleh para juri sedikit pun tidak melemahkan semangat Wan Anisah untuk terus mencuba.
A  Pengkritik
B  Kritikan
C  Mengkritik
D  Dikritik

13 Encik Roslan sedang mengalami masalah _____ yang berkaitan syarikat pengurusannya.
A  tebal
B  remeh
C  serius
D  berat

14  ______ menungu can sekolah, Rima buka sahaja membaca _____ menulis catatan harian juga.
A  Ketika … dan
B  Sementara ...dan
C  Tatkala … dan
D  Sementara ….malah

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.



15  Syira, Janet, dan Kumala menyalakan ____ ketika duduk berbual-bual pada malam tersebut.
A  pelita
B  obor
C  unggun api
D  lampu

16  Rupa-rupanya Kak Min ____ hendak menyertai pertandingan ratu cantik.
A  ada hati
B  buta hati
C  panas telinga
D  dalam tangan

17  “Tolong simpankan kamera ini ____ dalam laci supaya tidak disalahgunakan,” pesan Nathan.
A  ke
B  dari
C  daripada
D  kepada

18  _______ Minggu Bahasa Malaysia telah disempurnakan oleh Guru Besar sekolah kami.
A  Pelancaran
B  Kelancaran
C  Perlancaran
D  Melancarkan

19  “Setakat ini belum ada lagi ______ kita yang terlibat dalam kes jenayah,” marah Haji Mahadi kepada anak lelakinya.
A  keturunan
B  waris
C  zuriat
D  kaum

20 Keadaan penagih dadah itu bagai ______ sejak bertahun-tahun yang lalu.
A  alim kucing
B  bangkai bernyawa
C  lintah darat
D  kera sumbang

21 Para petugas terpaksa bertindak dengan cepat memandangkan keadaan cuaca semakin gelap.
Perkataan berlawan bagi gelap ialah
A  ceria
B  suram
C  kelam
D  terang

22  Para jemputan yang memenuhi dewan diminta mengambil tempat duduk masing-masing.
Perkataan berlawan bagi mengambil ialah
A  memilih
B  meninggalkan
C  meletakkan
D  membiarkan

Soalan 23-24
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

23
Jemputlah makan bersama-sama kami.
Usah beratur semasa hendak menaiki bas sekolah.
Tolong buat bising ketika guru tiada di dalam kelas.
Sila membuang sampah di merata-rata tempat.

24
·Jangan memakai baju yang ketat semasa hendak bersukan.
·Kawalan ketat akan diadakan sempena kedatangan pembesar negara.
·Suaranya semakin ketat kerana berasa amat sedih.
·Sebahagian soalan ketat untuk dijawab.
·I sahaja
·I dan II
·II dan IV
·I, II, dan III

Soalan 25
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

25 Bagaimanakah jambatan itu boelh runtuh?
A  Jambatan itu runtuh awal pagi semalam.
B  Saya sendiri berada tidak jauh dari situ semasa kejadian.
C  Jambatan itu runtuh akibat digunakan oleh kenderaan berat.
D  Jambatan itu akan didirikan semula.

Soalan 26 -  27
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat  yang diberikan.

26 Buku itu akan saya susun sebentar lagi.
A  Saya akan sebentar lagi menyusun buku itu.
B  Saya akan menyusun buku itu sebentar lagi.
C  Buku itu akan menyusunkan saya sebentar lagi.
D  Sebentar sahaja buku itu saya susun.

27 Pertandingan Pidato akan dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Malaysia pada hari Isnin.
A  Persatuan Bahasa Malaysia pada hari Isnin akan bertanding pidato.
B  Pada hari Isnin dianjurkan pertandingan pidato oelh Persatuan Bahasa Malaysia.
C  Persatuan Bahasa Malaysia akan menganjurkan pertandingan pidato pada hari Isnin.
D  Pertandingan pidato pada hari Isnin menganjurkan Persatuan Bahasa Malaysia.

Soalan 28 -30
Pilih ayat yang betul.

28
·Jika miskin, Zainal tidak mudah berputus asa.
·Sepasang baju ini diberi ke ibu angkatnya.
·Yong Seng dilantik sebagai ketua pengawas kerana dia berkebolehan.
·Kami tetap akan pergi walaupun hari hujan.
·I dan IV
·III dan IV
·IV sahaja
·I,II, dan III

29
·Aduhai, malangnya nasibku!
·Amboi, panjangnya rambut kakak awak!
·Nah,  saudari berjaya memenangi pingat emas!
·Syabas, sakitnya lutut saya!
·I dan II
·I dan III
·II dan III
·I, II, dan IV

30
·Hai, selamat tinggal!
·Aduhai, mengapa begini nasib keluarga awak!
·Tahniah, keputusan ini memang sudah saya jangkakan!
·Cis, berani engkau mengambil basikal!
·I dan III
·II sahaja
·II dan III
·II, III, dan IV

Soalan 31 – 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

                                                                                                           Fatin binti Ahmad,
                                                                                                           11-14-02, Flat Bunga Raya,
                                                                                                           Jalab Bunga Raya,
                                                                                                           43200 Cheras,
                                                                                                           Selangor.
                                                                                                           21 Januari 2009.

            Menemui sahabatku, Jamilah.   Semoga sihat selalu di samping keluarga tercinta.  Bagi diri saya dan keluarga baik-baik sahaja.

Sahabatku,
            Sudah agak lama kita tidak berjumpa sejak saudari berpindah ke tempat baharu.  Tentu saudari gembira tinggal di sana.  Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk berkongsi cerita tentang Minggu Bahasa yang telah dijalankan di sekolah saya.  Minggu Bahasa ini telah diadakan bermula pada 12 Januari hingga 16 Januari yang lalu.
            Pada hari pertama iaitu 12 Januari telah diadakan majlis pelancaran oleh Guru Besar.  Pelbagai program telah diadakan untuk murid-murid iaitu pertandingan bercerita mendeklamasikan sajak, pertandingan mengarang esei, dan pertandingan mewarna.  Program Minggu Bahasa ini telah dijalankan dengan meriah sekali.  Untuk pengetahuan saudari, saya telah menyertai pertandingan bercerita dan telah menjadi johan.
            Banyak hadiah menarik telah disediakan untuk para pemenang.  Saya rasa jika saudari masih tinggal di sini, tentu johan pertandingan mewarna menjadi milik saudari.  Sejak dahulu lagi saudari memang mahir dalam mata pelajaran seni lukis.  Minggu Bahasa ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada murid-murid.  Walaupun hanya seminggu,  murid-murid dapat menjalankan bakat yang ada di dalam diri masing-masing.  Tentu meriah suasana jika saudari juga turut serta.
            Saya berharap agar saudari terhibur dengan coretan saya ini.  Semoga saudari membalas surat saya ini dengan pengalaman saudari sepanjang saudari tinggal di sana.  Setakat ini sahaja buat kali ini.  Sambutlah salam saya untuk saudari sekeluarga.  Sekian.


                                                                                                               Yang benar,
                                                                                                               Fatin                                                                                                                                                              


31  Mengapakah surat ini ditulsi?
A  Bercerita tentang pengalaman pergi ke pusat bahasa
B  Bercerita tenatang pengalaman bercuti selama seminggu di kampung
C  Bercerita tentang Minggu Bahasa di sekolah
D  Bercerita tentang guru bahasa di sekolah

32  Antara berikut, yang manakah program Minggu Bahasa sekolah penulis?
A  Berpantun, menulis esei, dan berpidato
B  Menulis esei, mendeklamasikan sajak, dan pertandingan syarahan
C  Mendeklamasikan sajak, bercerita, dan berpidato
D  Pertandingan bercerita, mewarna, menulis esei, dan mendeklamasikan sajak

33  Apakah tujuan Minggu Bahasa ini dijalankan?
A  Mencari pemenang untuk mewakili sekolah
B  Menonjolkan bakat yang ada dalam diri murid-murid
C  Meningkatkan prestasi data pelajaran bahasa di sekolah
D  Memeriahkan suasana di sekolah

34  Di manakah Minggu Bahasa ini telah dijalankan?
A  Sekolah Jamilah
B  Sekolah Fatin
C  Di kampung Jamilah
D  Di kampung Fatin

35  Berapa lamakah Minggu Bahasa ini telah dijalankan?
A  Tiga hari
B  Tujuh hari
C  Lima hari
D  Enam hari

Soalan 36 – 40
Teliti graf di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

36  Berdasarkan graf di atas, makanan apakah yang paling kurang digemari?
A  Keropok
B  Kuih-muih
C  Nasi lemak
D  Bihun goreng

37    Berapakah jumlah murid di sekolah tersebut mengikut graf?
A  456 orang
B  465 orang
C  565 orang
D  655 orang

38  Nyatakan jumlah perbezaan antara penggemar nasi lemak dengan kuih muih.
A  30 orang
B  35 orang
C  45 orang
D  135 orang

39 Pada pendapat kamu, mengapakah nasi lemak paling disukai?
A  Mudah dihadam
B  Mengenyangkan
C  Mudah dimakan dengan cepat
D  Mudah dibeli

40 Nyatakan perbezaan antara makanan yang paling digemari dan makanan yang paling tidak digemari.
A  140 orang
B  100 orang
C  40 orang
D  35 orang

Kertas 2

Masa : Satu jam lima belas minit
Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian:  Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C.  Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian.  Bagi bahagian B, kamu boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2 atau Soalan 3.

Bahagian A
(10 markah)
(Masa dicadangkan: 15 minit)

Gambar di bawah menunjukkan suasana di tepi pantai.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.




Bahagian B
(30 markah)
(Masa dicadangkan: 40 minit)

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 60 patah perkataan.

1  Kamu merupakan seorang pemberita majalah.  Tulisakan berita tentang ribut yang melanda sebuah kampung.

ATAU

2  Tulis karangan yang bertajuk, 'Ibu Kesayangan Saya'.

ATAU

3  Tulis sepucuk surat kepada gurr kelas kamu untuk memberitahu bahawa kamu terpaksa bercuti kerana bapa kamu terlibat dalam kemalangan semasa sedang mengendalikan mesin di temapt kerjanya.


Bahagian C
(20 markah)
(Masa dicadangkan: 20 minit)

Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

          
           Mizal anak seorang petani.  Kehidupannya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.  Ibu dan ayahnya akan mengerjakan sawah mereka setiap hari untuk menanggung kehidupan keluarga.
            Bagi Mizal, kemiskinan bukan penghalang untuknya belajar.  Dia tetap rajin seperti rakan-rakannya dan jauh sekali mempunayi perasaan rendah diri kerana bapanya petani miskin.
            Suatu ketika, Mizal menghadapi masalah kewangan untuk membeli buku latihan.  Setelah puas berfikir akhirnya dia memohon bantuan gurunya.  Pihak sekolah sanggup membantu Mizal kerana dia murid yang rajin, jujur, dan bertanggungjawab.


           
Jawapan Kertas Model UPSR 3

Kertas 1

1.    B
2.    B
3.    A
4.    B
5.    B
6.    B
7.    C
8.    A
9.    D
10. A
11. D
12. B
13. C
14. D
15. C
16. A
17. A
18. A
19. B
20. B
21. D
22. B
23. A
24. B
25. C
26. B
27. C
28. B
29. A
30. D
31. C
32. D
33. B
34. B
35. C
36. A
37. B
38. B
39. B
40. C


Kertas 2

Bahagian A
1.            Peter bersama-sama dengan isteri dan kanak-kanaknya sedang berkelah dengan membawa banyak buah-buahan epal di Pantai Maimi pada suatu pagi yang cerah.
2.            Peter sedang bertungkus -lumus menyediakan daging-daging panggan 'barbecue' untuk makanan seisi keluarganya di tepi pantai sambil anak-anaknya bermain di sudut tepi pantai yang lain.
3.            Kanak-kanak sedang gembira mendirikan kubu pasir mereka di tepi pantai.
4.            Dua orang kanak-kanak sedang berlari gembira hati meletakkan layang-layang mereka di tepi pantai.
5.            Ramai orang mengambil kesempatan ini berenang di tepi laut dan bermain dengan air laut bersama rakan-rakan mereka.

Bahagian B
Soalan 1
Pendahuluan:
-Temapt , tarikh, masa , dan suasan ketika kejadian
Isi-isi penting:
-punca kejadian iaitu ribu
-keadaan ketika itu seperti kelam-kabut, orang berusaha menyelamatkan diri dan keluarga
-akibat daripada kejadian seperti rumah musnah, ternakan mati dan tanaman musnah
-keadaan mangsa sekarang, tinggal sehelai sepinggan, sedih, dan perlukan bantuan
Penutup:
-berharap pihak berwajib dan orang ramai sedia membantu

Soalan 2
Pendahuluan:
-menceritakan serba sedikit mengenai perwatkan ibu dan bentuk fizikal ibu
Isi-isi penting:
-latar belakang pendidikan
-hobi ibu
-sikap ibu – penyayang terhadap anak-anak – sentiasa menasihati-pandai memasak-keluarga dan jiran puji keenakan masakan ibu
Penutup:
-bangga mempunyai seroang ibu yang baik – ingin belajar bersungguh-sungguh – balas jasa ibu

Soalan 3
Pendahuluan:
-alamat pengirim, alamat penerima, tarikh, dan tajuk surat
Isi-isi penting:
-memohon kebenaran bercuti- tarikh bercuti
-sebab ingin bercuti
-berjanji akan menyiapakan kerja rumah yang diberi
Penutup:
-berharap guru dapat memberi kebenaran bercuti


Bahagian C

            Nilai-nilai murni yang didapati daripada petikan ialah kita mesti bekerja dengan rajin.  Kita tidak perlu rasa rendah diri dengan keadaan hidup keluarga kita yang susah sebaliknya kita mesti rajin belajar.  Selain itu, kita juga mestilah berani berurusan dengan guru sekiranya ada masalah.  Kita perlu jujur dan berusaha untuk mengatasi segala masalah yang menimpa diri kita.