Memaparkan catatan dengan label Kata Ganda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kata Ganda. Papar semua catatan

Tahun 6 LATIHAN 9 : KATA GANDA PENUH BERFORMAT KBSR

Isi tempat kosong dengan kata ganda penuh yang paling sesuai:


1  Ivy,  Mirrah dan Dewi merupakan _________ saya semasa menuntut di Universiti Putra Malaysia dahulu.
A  kakak-kakak C  guru-guru
B  rakan-rakan D  jiran-jiran

2  Saya sentiasa berdoa ________ Mak Cik Jinah sembuh daripada penyakitnya.
A  cukup-cukup C  moga-moga
B  tegap-tegap D  kuat-kuat

3  Adik makan  asikrim secara ________ kerana takut dimarahi oleh ibu.
A  sembunyi-sembunyi C  sekat-sekat
B  gelap-gelap D  jauh-jauh

4  Usia Nirmala ________ 12 tahun pada tahun April nanti.
A  padat-padat C  genap-genap
B  nyaris-nyaris D  bulat-bulat

5  ________ kaum ibu di kampung ini mahir menganyam tikar.
A  Macam-macam C  Siapa-siapa
B  Masing-masing D  Rata-rata

6  Buku yang dimiliki oleh Kok Seng  ______belaka.
A  keras-keras C  tebal-tebal
B  kasar-kasar D  nipis-nipis

7  Badan saya _______ setelah mendaki Gunung Kinabalu yang tinggi itu.
A  lembik-lembik C  carik-carik
B  gemuk-gemuk D  sakit-sakit

8  Dia menatap  gambar ibu yang dirindui itu _______.
A  lambat-lambat C  lama-lama
B  hampir-hampir D  jelas-jelas

9  Saya ______ untuk membuat kuih tradisional itu tetapi tidak menjadi.
A  susah-susah C  agak-agak
B  takut-takut D  cuba-cuba

10  Kuih karipap yang baru lepas digoreng itu ______ belaka.
A  comel-comel C  cantik-cantik
B  panas-panas D  pahit-pahit


Jawapan
1B 2 C 3A 4C 5D 6C 7D 8C 9D 10B

Latihan Kata Ganda


Latihan Kata Ganda

1.       _______________ merupakan haiwan invertebrat pemangsa yang menghasilkan sutera, dan mempunyai dua tagma, lapan kaki, mulut tidak boleh mengunyah dan tiada sayap.

A.      Jejentik                        B. Lelabah           C. Rama-rama                    D. Pepijat



2.       Anda boleh cuba membela beberapa ekor ikan pelaga atau gapi untuk mengelakkan pembiakan ____________  di takung air.

A.      jejentik                        B. kekuda            C. rama-rama                     D. pepijat



3.       ____________ adalah sejenis menatang yang suka duduk di celah-celah tilam dan bantal.

A.      jejentik                        B. lelabah            C. rama-rama                     D. pepijat



4.       Datuk saya sedang menebas ________________  di belakang rumah saya.

A.      Semak-samun           B. kayu-kayan                    C. bukit-bukau                  D. pepara



5.       Selepas mencuci pinggan, emak meletak pinggan di atas ____________ .

A.      semak-samun           B. kayu-kayan                    C. bukit-bukau                  D. pepara



6.       Jurutera itu menggunakan _____________  untuk melukis sudut 90 darjah.

A.      Pepara                          B. kayu-kayan                    C. Sesiku              D.  jejari



7.       Pejalan kaki dinasihatkan menggunakan _________________ di jalan raya yang sibuk itu.

A.      Jejantas                       B. jambatan                        C. jejambat         D. jejari



8.       ____________  Puan Siti boleh menaip dengan cepat sekali.

A.      Jejari             B. jari-jemari                      C. jejaki                                D. lelabi               



9.       __________  adalah alat berkaki tiga utk menopang papan hitam. Ia just merujuk kepada kayu utk menahan bumbung rumah atau bahagian senapang atau pistol yg meledakkan peluru.

A.    Kekuda                  B. sesiku                     C. jejaki                       D. gegendang



10.   ______________ yang merentangi jalan kereta api itu penuh sesak dengan kereta.

A.      Jejantas                       B. jambatan                        C. jejambat                         D. jejari





Jawapan :  1. B,  2. A,  3. D,   4. A,   5. D,  6. C,  7. A,  8. B,   9. A,  10. A


Latihan Kata Ganda - 1

Pilih kata ganda yang betul :
bantu-membantu            kering-kontang                 orang-orang                       lintang-pukang
gelap-gelita                        anai-anai                              lauk-pauk                            huru-hara
rama-rama                          basah-kuyup
1.)                Apabila musim kemarau datang, sawah padi menjadi ____________________________.
2.)                Biliknya menjadi ________________________________ apabila bekalan elektrik terputus.
3.)                Adik saya suka mengejar _____________________________  di taman bunga.
4.)                Almarinya rosak dimakan oleh __________________________________.
5.)                Jiran tetanggu seharusnya saling __________________________________ .
6.)                Pak Ali meletak ______________________________ di tengah sawahnya untuk menakutkan burung-burung.
7.)                Emak masak ________________________ yang enak untuk saudara-mara yang datang dari New Zealand.
8.)                Keadaan di dalam kelas menjadi _______________________________ setiap kali guru tidak ada di dalam kelas.
9.)                Samy berlari _______________________________ apabila dikejar oleh anjing liar yang garang.
10.)             Malang tidak berbau, dia lupa membawa payung dan hujan turun lebat.  Apa dayanya, dia tidak dapat menjadi tempat untuk meneduh, bajunya _______________________ .